Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Cara Kumpul Email Berkualiti

May 6, 2012 0 Comments

Jika anda dalam dunia Perniagaan Internet mahupun dalam Pemasaran Internet perkara yang paling penting untuk kita berjaya adalah berapa banyak email yang dapat kita perolehi. Dari seberapa banyak yang kita perolehi itu pula dinilai berapa kualiti email yang kita simpan mengikut niche Perniagaan kita itu. Untungnya hari ini penggunaan smart phone dan adroid memudahkan lagi pemasaran email dengan lebih berkesan. Mengapa? Kerana setiap email yang dihantar dapat masuk terus ke telefon yang mana ia adalah percuma dan lebih banyak patah perkataan berbanding SMS yang mana berbayar dan lebih pendek.

Berbalik kepada tajuk Cara Kumpul Email Berkualiti. Dibawah saya kongsikan tiga cara paling berkesan mengumpul email yang berkualiti. (Apa yang ingin disampaikan disini adalah cara mengumpul email yang berkualiti dan bukan kuantiti).

1) Meletakan Form New Letter di Website

Tidak dinafikan cara ini adalah cara yang paling relevan dari dulu hingga hari ini. Walaupun nampak mudah tetapi startegik mudah ini masih memerlukan elemen penting agar email yang dikumpul sangat-sangat berkualiti. Tidak kira apa jua bisnes yang anda lakukan teknik ini adalah sangat powerful. Tak percaya cubalah. Ada diantara web saya berjaya mengumpul 3500++ dari teknik ini. Setiap email promosi yang dihantar akan terjual lebih dari 150 pembeli secara purata. Teknik ini 100% percuma.

2) Teknik Facebook Ads

Teknik ini menggunakan sedikit modal. Buat satu fan page .Tarik fan sebanyak yang boleh. Dari fan tarik mereka untuk berdaftar menjadi email listing. Teknik ini juga sangat stategik dan mengambil masa sedikit kerana memerlukan teknik “soft selling” yang tinggi. Tetapi hebatnya teknik ini kita mendapat double trible value. Mengapa? Kerana kita membuat dua kerja dalam satu masa. Selain mendapat fan di facebook kita juga mendapat email list. Jika “soft selling” yang digunakan dengan strategik kita juga sedang membina penyokong yang hebat untuk perniagaan internet kita. Yang mana mereka sendiri yang membantu kita mempromosikan perniagaan kita itu. Awesome kan? Ini juga adalah diantara teknik favorite saya buat masa ini ūüôā

3) Teknik ads

Teknik ini juga adalah teknik berbayar. Walaubagaimanapun ia masih teknik yang awesome untuk mendapatkan email yang berkualiti. Caranya,cari blog atau web yang kena dengan niche perniagaan kita.Web atau blog tersebut haruslah yang ber-traffik tinggi dan mempunyai page rank yang bagus. Seperti Blog OhBulan, Beutiful Nara, Hafizi Zain, Raja Kamil, OhArtis,  iluvislam dan banyak lagi. Cipta squeeze/land page, Sewa ruang iklan dan link kan terus ke squeeze/land page kita tadi. Teknik ini perlu ditambah dengan strategik lain untuk setiap klik yang masuk ke squeeze page kita itu terus berdaftar sebagai email listing. Sebagi contoh tawarkan product percuma seperti ebook dan video. Teknik ini juga telah saya praktikan. Jika kena dengan cara list yang dikumpul dengan cara ini adalah dua kali lebih berkualiti berbanding teknik PPL(Pay Per Lead).

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: