Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

#3 Tanggapan Yang Silap Untuk Menjadi Pemasar Internet (Internet Marketer)

January 8, 2013 0 Comments

Tahun ini adalah genap tahun ketiga saya terjebak dalam dunia Perniagaan & Pemasaran Intenet secara underground. Mengapa underground? kerana sepanjang penglibatan saya dalam dunia perniagaan internet saya hanya buat duit diam-diam tanpa menghebahkan kepada sesiapa (Kecuali di Blog saya ini). Sewaktu penglibatan awal saya dalam dunia perniagaan atau pemasaran internet saya mempunyai #3 Tanggapan yang Silap Untuk Menjadi Seorang Internet Marketer.

#1-Internet Marketer Adalah pembina sistem (web developer) & programmer yang hebat.

Perniagaan Internet-101

Ia inilah anggapan saya pertama sekali. Jika anda hendak menjadi internet marketer anda perlu tahu membuat website. Anda perlu tahu bagaimana bermain dengan coding CSS,HTML,Java Script,PhP dan bermacam-macam script yang pelik. Anggapan ini sungguh kuat sehingga saya berfikiran jika tidak belajar semua ini maka dunia pemasaran internet adalah bukan tempat saya.

#2-Internet Marketer adalah designer pemasaran yang hebat.

Perniagaan Internet 1001

Selepas beranggapan yang kita perlu belajar script programmer yang pelik maka saya juga beranggapan kita perlu pula mahir dalam bidang design dengan menggunakan Adobe Photoshop & Illustrator yang menjengkelkan bagi kita yang baru tahu perisian tersebut. Adakah kita boleh buat design banner atau apa saja design yang menarik dalam tempoh yang segera. Wal hal kita baru saja nak tahu fungsi untuk setiap icon. Jadi anggapan ini juga penyebab kita terus berhenti untuk menjadi seorang Internet Marketer.

#3- Internet Marketer adalah mereka yang hanya menjual produk info/digital

Perniagaan Internet-10001

Ini juga adalah tanggapan yang salah, sebenarnya skop dalam Internet Marketer adalah sangat luas dan dalam kebanyakan Internet Marketer yang ada di Malaysia pada hari ini kebanyakannya adalah duduk di dalam kategori penjualan produk info dan digital. Maka pada awal penglibatan, saya beranggapan siapa di dalam Industri ini mereka adalah Internet Marketer. Jadi bagaimana pula jika seorang yang menjalankan pemasaran internet sepenuh masa untuk produk fizikal atau perkidmatan lain. Apa yang kita nak gelar mereka ini?

You Can’t Win A Game That You Don’t Even Play

Kesimpulannya, saya rasa bukan saya seorang mengalami perkara yang sama. Tetapi ia di alami oleh semua orang baru yang hendak menglibatkan diri dalam dunia pemasaran internet. Kepada mereka yang newbie, anda perlu pelbetulkan tanggapan ini. Jika tidak  anda hanya berjalan kurang 10 langkah dan berpatah balik ke tempat zon selesa anda 🙂

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: