Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Kereta Oh Kereta

August 25, 2013 2 Comments

Petang yang hening hari ahad ini terserempak dengan satu artikel panjang, jadi saya paste-kan disini agar boleh dikongsikan bersama pembaca blog  ini. Mungkin ada yang menyangkal namun itulah hakikat sebenar..  Ok jom baca kejap artikel ini.

Kekayaan ‘Bocor’ Kerana Kereta.

cara mudah lulus bank loan

Biasa dengar org gaji 5k, tapi pandu kereta yg installment 1.3k-1.5k ?? biasa dengar kan….? gaji baru 4k dah berani beli kereta 1k per month. pun biasa dengar kan?? biasalah darah muda. darah muda akan cari kereta yg downpayment paling rendah, loan yg paling pjg. janji kereta best, harga diri seakan meningkat sama. dlm fikiran graduan yg baru dpt kerja ni cepat jer ternampak kereta2 spt honda civic, elantra, forte, cerato, golf, accord, sonata, jetta dll kereta yg nampak ada ‘standard’ supaya imej bertambah di mata org sekeliling. tapi apa yg ramai tak nampak bhw 1.5k instalment tu tak abis di situ saja. angka yg sebenar dia akan spent tiap bulan ialah 2k ++ per month. iaitu separuh dari gaji dia jadi habuan utk kereta, eksesori keta & pakej2 lain yg dtg dgn kereta tu.

instalment mmg la 1.3k. tapi petrol? katalah petrol 400 sebulan (melainkan dia pakai keta hebat tapi most of the time keta tersadai kat parking keta, jarang2 drive tak cukup duit utk petrol.. he he he). keta mahal dah tentu minyak injin pakai fully sentetik, brand elok …takkan nak pakai minyak injin hak murah ye tak? sayang la injin keta tu.

keta hebat takkan nak pakai brand tayar murah right? keta injin laju ni bahaya pakai tayar brand murah. gamak ke nak pakai brand tayar yg teksi pakai. jatuh la stendet. or takkan drive Camry tp pakai tayar seken hand? malu la kat budak2 kedai tayar. hehehe…. kereta2 hebat ni biasanya tayar rim 17 or 18. satu tayar jer dah rm350-400 ikut brand. So byklah ‘kebocoran’ sana sini angkara kereta nak hebat & nak maintain pakej yg datang bersamanya.

kebocoran tanpa sedar. kerana bila motokar hebat, takkan gamak bagi duit raya 3 ringgit letak dlm sampul ye tak. malu la kaum. malu la kat kwn2 yg pakai kereta perodua bg duit raya sama mcm yg memandu Civic/Accord. so bila dah berkereta ‘hebat’ ni, secara otomatik mcm2 lagi tekanan sekeliling yg meminta supaya keluar duit lebih utk sustain gaya mutu keunggulan. keta mahal kena hantar car wash selalu, keta dah ler mahal takkan nak biar comot. kena hantar polish kasi kilat. service keta mesti kat designated service centre keta tu, mana blh service kedai sebarangan. so caj pun mesti la mahal sikit dari kedai biasa. bila keluar dgn kwn2 or ipar duai takkan yg pakai proton nak kena belanja makan ye tak. malu la sikit. hehe… maka byk la benda yg menyebabkan kekayaan ‘bocor’ angkara kereta… sbb nak jaga gaya mutu & keunggulan.

ramai org suka kereta. sbb utamanya ialah keperluan utk bw dari point A ke point B. sbb2 yg lain ialah kereta represent tahap ekonomi seseorg, imej, hobi. namun utk keadaan hari ini, jenis kereta blh mengelakkan dari dipandang rendah oleh org sekeliling, terutama masa balik raya & masa nak attend reunion dgn kwn2 sekolah & kwn2 uni. walau mcmn sekali pun kita nafi, kereta tetap 1st impression nak bagi org tengok kita sampai naik apa. bila attend reunion sekolah cthnya, amatlah berbeza penampilan bila seseorg tu sampai dgn brand new Accord berbanding sampai dgn Pesona. cash byk, saham byk, emas byk, rmh byk, properties byk org tak nampak. cerita pun org tak caya. dan sikap segelintir masyarakat… ada rasa hormat bila sembang dgn org2 berkereta besar bbanding dgn mamat berkereta saga BLM.

normally klu dah pakai kereta D segment tu tpaksa la jaga penampilan yg lain tu… which is very costly. hehe.

cuba tanya mana2 org muda, majoritinya target nak pakai keta hebat bila grad, bila dpt kerja krjn or swasta. buat hutang 9 thn sudah pasti, so terperangkaplah for the next 9 yrs. kereta tu selepas 9 thn akan jd besi buruk, susut nilai 90%. hilanglah potensi investment sepanjang 9 tahun tu krn cashflow habis ke instalment kereta & ‘pakejnya’. byklah investment opportunity lost for the nx 9 yrs. lepas 7/9thn mesti nak tukar kereta lg. sbb keta lama dah hilang gempaknya. berhutang lagi 9 tahun. klu dulu mula2 beli kereta umur 28, lepas dah pakai dua buah kereta umur pun dah cecah 46 tahun. masa tu baru terpikir berapa lama lg nak kena kerja, umur patut pencen tapi saving ciput, simpanan tak cukup utk tanggung family, tak cukup utk sustain life style yg ada. org lain dah boleh pikir utk relax di umur 50-an, kita masih pikir tpaksa kerja utk tanggung hutang.

dan yg paling malang………………..…………….. byk kes berkereta hebat tapi hujung bulan pinjam kwn2 opis. yg tu tak pulak rasa malu. pakai Pesona seken hand malu, pinjam duit merata tak malu. sanggup skip duit yg sepatutnya bagi org tua tiap2 bulan. malah pinjam pulak duit org tua. pinjaman yg liat byr balik. selalunya buat lupa nak byr balik.

ramai sanggup spend beribu sebulan utk kereta, tapi tak sanggup bagi org tua hatta rm500 sebulan. rupanya kereta hebat lagi penting.

menurut statistik yg dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia, 25% orang yang bankrap adalah disebabkan hutang kereta iaitu tertinggi dari semua jenis hutang yg lain. Manakala yang masih belum bankrap pula sebahagiannya terpaksa catu makan pakai & keperluan anak isteri serta mak ayah demi kereta..

Sumber: facebook

Jadi…Daripada buang duit ke kereta lebih baik labur duit dengan beli aset yang lebih menguntungkan. Salah satu cara pelaburan yang menguntungkan adalah dengan beli rumah. Beberapa kajian terhadap respond statistik anak-anak muda mengatakan mereka tidak beli rumah dengan beberapa sebab utama dan diantara sebab itu adalah bank susah approve loan pemohon. Sebenarnya ramai yang tidak tahu atau tidak terdedah dengan banyak tips bagaimana bank boleh approve-kan loan anda dengan mudah.

Saya sendiri mempunyai pengalaman bagaimana bank approved loan saya sehingga 200k sewaktu saya baru saja berniaga tidak sampai setahun secara officially (berdaftar dengan SSM) iaitu sewaktu usia saya 23 tahun.. Jadi saya ingin dedahkan rahsia ini kepada yang berminat saja. Untuk yang berminat bagaimana bank boleh approved loan anda dengan mudah walaupun baru mula berniaga 6 bulan boleh klik disini.

Moral of the story: tak yah lah bro nak pakai kete besar-besar kalau tak mampu.. biar orang nampak kita susah tapi sebenarnya kita senang berbanding orang nampak kita senang tapi sebenarnya kita menderita… Selain itu kete besar ini juga akan melahirkan rasa riak,sombong, takabur dalam hati seseorang (tak banyak sikit pasti ada). Kita akan mula rasa hebat dari orang lain kononnya hasil usaha tersebut adalah titik peluh kita.. Teringat dengan bacaan buku pagi tadi yang belum sempat dihabiskan. Diantara topik dalam buku tersebut adalah rezki yang diturunkan adalah hasil kuriniaan ataupun ujian dari Allah dan bukannya hasil usaha kita. Nanti ada masa saya ulas sikit mengenai buku tersebut.

P/S : Biar pakai kete murah… Biarlah  tak nampak stylo pun.. yang penting tak menanggung beban.. Yang penting hati & fikiran tenang tanpa rasa takut dan risau. Maka boleh lah kita bersolat dengan kusyuknya.. Wallahhu a’lam

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Izzat Eshak says:

    Benda ni memang selalu anak muda terlepas pandang.
    Tengok installment kereta lepas gaji bulan2 dah ok.
    Tapi kebocoran ketara ni kurang nampak.
    Izzat Eshak recently posted…Tips Lulus Loan Rumah Dengan MudahMy Profile

    • Halif Saat says:

      Itulah yang menakutkan.. Mereka hanya mencongak-congak tanpa buat ketelitian yang lebih dalam.. main tangkap muat saja.. 🙁

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: