Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Teknik Capai Sasaran Gaya Halif

December 28, 2013 0 Comments

teknik mudah capai target tahunan

Melihat Tajuk Ia Tampak Seperti Poyo bukan.. Tapi saya sendiri tak tahu bagaimana cara anda tulis sasaran tahunan jadi cara terbaik adalah saya share saja cara saya dan gelarkannya gaya halif.. Tak salahkan…

Melihat senarai target 2013. Tahun ini pencapaian agak menurun berbanding tahun 2012. Prestasi hanya mampu mencapai sekitar 60% saja dari sasaran sebenar. Ia bukanlah perkara yang menyeronokan lebih lagi sewaktu kita sedang tick dan kelihatan tanda (X) hampir sama banyak dengan tanda (✔) . 🙁

Saya klasifikasikan ia sebagai diantara tahun yang paling banyak mengajar saya erti kehidupan. Namun, Alhamduliilah walau pun hanya 60% namun saya tetap melangkah kehadapan dan masih diberi peluang untuk mempelbetulakan diri ini agar berusaha lebih lagi. Melakukan lebih baik lagi. Diberi peluang untuk bangkit semula setelah tersembam seketika.  Dengan lafaz Bismillah..Hari ini saya sudah mula kembali menulis sasaran tahun 2014..Sambil menanam dan pasak di hati dan minda agar bangkit semula dari apa yang terjadi tahun ini. I mulakan sesuatu dari sudut pandang yang baru dan berbeza, mulakan semula dengan nafas yang berlainan, strategik yang berlainan, senjata yang lebih ampuh, bermula dengan jiwa yang lebih tenang disamping tekad &  tawakal yang tinggi.

Nak Tahu Tak Bagaimana saya menulis Sasaran Tahunan?

Seperti tahun-tahun lepas.. Saya akan menulis bermula sasaran perniagaan, persendirian, keluarga, ilmu, internal skill, Ibadah, kewangan, kemajuan diri seperti pendidikan, seminar dan banyak lagi. Selepas menulis semua apa yang disasarkan saya akan kelaskan pula mengikut sasaran paling penting untuk setahun, sasaran bulanan, sasaran mingguan hinggalah sasaran bulanan dan harian.

Dalam setahun saya sudah ada sasaran berapa income peribadi yang akan diperolehi sehari, berapa banyak wang simpanan peribadi yang akan saya simpan, berapa ramai network yang akan saya kenali, berapa banyak stock yang saya jual, jenis perniagaan baru yang akan dibawa masuk, skill apa yang perlu saya perkemaskan, kemana destinasi percutian saya dan banyak lagi yang akan saya tulis dalam sebuah buku yang saya gelarkan B-D-C- T “Book Dream Come True”. Ia adalah buku khas saya untuk menulis sasaran tahunan.

Jadi..Selepas semuanya siap sepenuhnya. Big Target saya akan print dan lekatkan di depan PC/Bilik/Office dan mana-mana tempat yang mudah untuk saya sendiri lihat. Bagi saya penting hal ini untuk mengingatkan selalu mengenai apa yang saya mahukan dan sentiasa fokus dengan apa target saya.

Jadi rasanya tak rugi anda semua mencuba gaya yang cool ini.. Cubalah.. Semoga tips poyo ini akan membantu anda dalam mencapai impian.. Setiap hari adalah hari yang AWESOME! 🙂

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: