Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Sikap Mampu Atasi Bakat. Ini Realiti.

August 2, 2016 0 Comments

Belajar bisnes pelancongan dan tips bisnes pelancongan

Hari ini saya nak cerita sikit.Dari zaman belajar hingga ke hari ini saya kerap dengar ayat yang berbunyi begini.

“Eh.. kau pandai cakap.. Kau kalau buat bisnes mesti jadi”

“Kau ini pandai cakap.. Kalau buat sales mesti boom”

“Kau ada bakat bercakap.. Senanglah buat apa pun mudah”

“Kau pandai bercakap.. Mintak kerja senang”

Untunglah bagi mereka yang ada bakat bercakap. Waktu zaman belajar dulu saya orang yang memang tak pandai cakap apakan lagi nak kedepan waktu presentation. Senak perut akan datang tiba-tiba. Confirm! Bila setiap kali dengar pujian begini pada orang yang pandai bercakap saya rasa down giler. Rasa loser sekejap hidup ini. (Kalau anda sekarang seorang student dan tergolong dari golongan seperti ini maka kita satu kapal). Setiap kali ada saja program yang memerlukan kedepan setiap itu juga saya cuba lari dengan pelbagai alasan. Sampai sanggup ponteng kelas.

”Challenges are what make life interesting and overcoming them is what makes life meaningful.” — Joshua J. Marine

Sampailah satu hari.. Saya dan rakan diminta uruskan trip kelas. Dikala ini saya dah tak boleh lari. Saya terpaksa kedepan untuk beri sedikit penerangan,penjelasan atau apa saja part yang perlu untuk saya kedepan. Memang saya tak boleh lari.

Dari peristiwa ini juga saya semakin sedar yang saya memang tak ada bakat nak bercakap di hadapan. Fahaman loser ini saya  pegang sampailah sem akhir waktu diploma dulu.  Hinggalah sampai satu hari saya terjumpa sebuah atikel ringkas yang mengubah pandangan saya mengenai apa yang saya fikirkan selama ini.

Artikel itu pendek saja tapi  memberi penjelasan bagaimana sikap dapat mengatasi bakat. Benar ada orang berbakat dalam apa jua kemahiran tapi berapa ramai yang menggunakan bakat yang di anugerahkan sebaik mungkin.

Jika mahu belajar bercakap contohnya maka latihkan diri dengan sikap kemahuan belajar yang tinggi. Sikap belajar berterusan. Sikap ingin belajar dengan orang-orang yang kita mahu jadi seperti mereka. Lama-lama kita akan akan lebih hebat sama seperti orang berbakat. Paling best dengan sikap kita boleh jadi siapa saja yang kita mahu.

Dari aspek pekerjaan dalam industri pelancongan. Tiada istilah anda berkerja sorang-sorang hadap komputer dalam bilik. Kerana tugasan kita dalam pelancongan adalah menguruskan manusia. Kita mengurus manusia untuk sampai satu destinasi ke destinasi sama ada untuk percutian mahupun demi untuk tugasan. Jadi komunikasi adalah satu hal yang sangat-sangat penting dalam industri ini.

Bermula sekarang percayalah. Sikap mampu mengubah dunia berbanding bakat. Dan percaya saja belum cukup. Lakukankan lah dan rasai perbezaan.

 

Sekian,

Halif Saat

 

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: