Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Rasa Nak Berhenti Apa Yang Anda Buat Sekarang? Cuba Teknik Ini

October 21, 2016 0 Comments

rememberwhy-youstarted

Pejam Celik..
Pejam Celik..

Kita sudah masuk fasa terakhir tahun 2016. Bila mengimbas kembali 9 bulan yang lepas. Tahun ini adalah tahun pertama saya share secara berdepan dengan kendalikan bengkel untuk jadikan platform perkongsian dalam industri travel. Sepanjang tempoh ini pun saya hanya berjaya kendalikan hanya 3 bengkel saja. Ya 3 bengkel saja. Rekod ini teruk betul bagi saya..

Tapi ini pun sudah semput saya rasa. Semput dari segi masa. Kalau anda rasa saya sedang buat banyak duit dalam kendalikan bengkel-bengkel ini. Saya nak bagi tahu yang anda silap. Saya boleh amik keputusan sekarang juga untuk tidak lagi kendalikan bengkel-bengkel ini.

Ya semudah itu.. & Tiada masalah pun..

Kadang-kadang terasa penat dan tak menguntungkan pun.. Ada ketika memang nak berhenti saja buat semua ini.

Namun setiap kali perasaan ini bermain di kepala, saya mula berfikir semula kenapa saya bermula ? Saya akan duduk seorang diri dan fikirkan pembabitan saya dalam menyampaikan sedikit ilmu yang tak seberapa ini. Dari Awal-awal dulu hinggalah tempat saya duduk sekarang.. Ala mcm movie tu saya flash back semula satu persatu . Kenapa saya sampai disini? Bagaimana saya sampai disini? Apa faktor yang mendorong saya untuk sampai kesini? Kenapa saya terhenti?

Bila saya ‘clear’ dan ingat semula kenapa saya bermula maka saya tiada sebab kenapa saya perlu berhenti.

Stop doubting yourself, work hard, and make it happen.

Ini jawapan kenapa saya perlu terus bergerak. Sejujurnya saya buat bukan faktor luaran. Saya tak buat sebab duit… Saya buat bukan sebab tiitle/nama tapi saya buat sebab saya suka. Saya buat sebab saya minat untuk berkongsi ilmu-ilmu ini. Saya suka melihat perkembangan orang yang saya kongsikan ilmu ini.

Tiada orang paksa saya buat benda ini. Cuma untuk ketika ini saya belum lagi ada team untuk kendalikan semua ini. Kebanyakan semua kerja-kerja ini saya yang uruskan sendiri. Saya tidak mahu gunakan staff sedia ada untuk buat kerja-kerja saya ini. Ini bukan kerja office ini kerja ibarat seperti minat saya sendiri. Saya buat bermula dari A-Z semuanya sendiri jadi masa memang sangat mahal untuk saya. Insyallah tahun depan saya mula kembangkan dengan bina team. Akan banyak kelas akan saya susun dan bawakan untuk anda semua.

Jadi itulah.. Kalau anda mahu berhenti maka clearkan semula kenapa anda bermula. Kalau bahasa yang mudah untuk di fahami sebagai orang muslim ‘munasabah diri’ sendiri semula. Tipsnya mudah jer. Banyak bertanya atau berdialog dengan diri anda sendiri. Jawapan itu tak ada di belakang buku macam waktu kita sekolah dulu. Tapi ada tersorok dalam diri anda sendiri. Jangan mengalah mencari jawapan dan lagi teruk jangan menipu diri sendiri.

Bila dah jelas anda dah tak ada alasan lagi kenapa patut berhenti. Melainkan anda buat sesuatu itu atas faktor luaran.

 

Semoga Bermanfaat

Halif Saat

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: