Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Mengapa Disipline Memain Peranan Penting Dalam Kejayaan

August 27, 2014 0 Comments

Bagaimana Meningkatkan Disiplin Diri

Minggu sudah start semula liga-liga popular dunia seperti EPL, La Liga, Budes Liga dan liga-liga lain. Jika kita lihat  hari ini dunia sukan bola sepak banyak berubah berbanding  lima tahun sudah. Dengan kemasukan lebih ramai funder dari tanah arab dan dari Asia maka harga pemain juga sudah semakin tidak masuk akal. Namun di sebalik sebiji bola yang rancak ditendang kesana kemari oleh dua pasukan yang sedang berentap diatas padang demi kemenangan pasukan masing-masing sebenarnya ia adalah sebuah perniagaan berskala besar jutaan ringgit yang menggila.

Rasanya jika mahu bercerita mengenai bola pasti ada lagi yang lebih pakar. Saya sendiri tidak sempat mengikuti  perkembangan bola sepak liga kegemaran ini sepenuhnya dek kerana ditambat dengan masa yang agak terhad mengurus rutin harian dan perniagaan. Cuma pagi tadi sebelum sarapan dikedai saya capai surat khabar dan seperti biasa bacaan dimulakan dengan sukan iaitu di sebalah belakang mencari topik sukan . Melihat tajuk besar “Balotelli Jadi Bualan”.

Bagaimana Meningkatkan Disiplin Diri-2

Perpindahan Balotelli ke liverpool menjadi tanda tanya adakah ia mampu untuk sama-sama membantu pasukannya meraih kejayaan musim ini.  Seperti yang kita tahu masalah disiplin yang tinggi adalah faktor kelab liverpool FC mengikat beliau dengan pelbagai syarat ketat terutamanya berkaitan disiplin. Diantara syarat tersebut adalah beliau akan kehilangan separuh gajinya sekiranya beliau melanggar disiplin. Dari sudut pandang peribadi, saya kira sebenarnya bukan dalam perniagaan saja memerlukan disiplin yang tinggi untuk kita meraih kejayaan namun dalam apa jua keadaan untuk kita meraih kejayaan sama ada karier, impian, cita-cita atau apa saja pasti kita memerlukan disiplin yang tinggi. Apa yang kita dapat ambil pengajaran dari pemain berbakat besar ini.

Walau kita mempunyai  bakat yang besar, kecerdikan, kelebihan, kehebatan yang lebih luar biasa berbanding orang lain namun jika tiada disiplin untuk menjadi lebih baik maka mungkin kita hanya akan menjadi orang yang biasa atau lebih teruk lagi.

Pemain yang sepatutnya setanding dengan dengan bintang bola ternama seperti Ronaldo, Bale, Messi, Van Persie ini   namun hanya masalah sikap dan disiplin maka hari ini tiada apa yang dapat kita lihat yang hanya bakat yang tidak bawa kemana-mana.

 

Sekadar Renungan Peribadi.. Semoga kita terus menjadi insan yang berdisiplin dalam melakukan amal soleh secara terus menerus.

 

P/S : The Gunner Tetap Di Hati 😛

 

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: