Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Laluan Sukar Untuk Berjaya

June 17, 2013 4 Comments

laluan sukar untuk berjaya

Ada yang kita lihat mudah betul orang-orang sekeliling kita berjaya.Cukup satu tahun perniagaan yang dijalankan dah nampak hasil perniagaan tersebut. Masuk tahun kedua sudah mampu membeli kereta, masuk tahun ketiga sudah mampu beli rumah, masuk tahun keempat sudah beli rumah lagi. Yang kita ini masih tak berjaya-jaya lagi. Baru nak berjaya dah macam-macam hal berlaku yang perlu kita hadapi. Hal sebegini bila diri kita tak kuat untuk hadap semua cabaran tersebut kita akan down dan putus asa.

“Dan mereka merancang, Allah juga merancang, Dan ALLAH sebaikbaik Perancang”Surah Al-Imran,ayat 54

Saya dulu juga macam itu, selalu terfikir macam mana orang itu pantas betul dia meraih kejayaan. Hingga suatu pagi, waktu saya queue nak keluarkan duit kat mesin atm saya terpandang tajuk belakang paper bahagian sukan yang berbunyi “Laluan Sukar Untuk Berjaya”. Saya capai paper tersebut di rak buku. Sempat saya baca isi tajuk tersebut. Ia mengenai pasukan gemeran saya iaitu Arsenal dalam persada liga juara-juara eropah (champion league). Berita ini menceritakan mengenai pasukan Arsenal yang terpaksa melalui jalan sukar untuk ke semi final menghadapi beberapa pasukan yang terhebat (tak ingat team apa time tuh).

laluan sukar untuk berjaya02

Pada masa yang sama, pasukan arsenal sedang bergelut dengan pelbagai masalah dalaman seperti pemain utama dibelenggu kecederaan, perselisihan faham diantara pemain. Perselisihan faham pemain dan pengurus kelab (arsene wenger), Kontroversi pemain dengan kelab-kelab lain, pemain perlu bermain untuk negara dan pada masa yang sama menghadapi masalah kewangan yang tidak stable.

Berlainan pula dengan Manchester ketika itu, laluan ia lebih mudah lawannya kelab-kelab yang mana jika hendak dibandingkan di atas kertas sudah boleh congak kemenangan. Pemain utama semuanya boleh bermain dan sedang berada diprestasi terbaik, dana yang cukup dan tiada masalah besar yang dapat menghalang mereka meraih kejayaan.

Apa yang boleh dikaitkan dengan hal kejayaan seseorang dengan cerita bola ini halif?

Jadi apa yang hendak saya kongsikan  disini, laluan kejayaan seseorang itu adalah berlainan. Walaupun kita mengejar satu matlamat namun  Mungkin seseorang itu pantas berjaya dalam apa yang dikejarkan adalah kerana rezkinya tidak mempunyai masalah dalaman seperti masalah bersama ibu bapa, konflik adik beradik, konflik suami isteri, konflik anak, masalah kesihatan, kedengkian manusia mengenakan  kita dan masalah-masalah dalaman yang besar yang harus diselesaikan terlebih dahulu. Apa pun masalah yang perlu kita hadapi kita perlu tabah dan kuat.Itu sebab kita perlu kerap mendoakan agar laluan kehidupan kita dipermudah dan diringankan. Teruskan usaha untuk mencapai matlamat. Percaya pada diri yang kita tidak gagal cuma kita masih belum kecapi kejayaan.

“Sesungguhnya di sebalik kesusahan pasti ada kesenangan”Surah AlInsyirah,ayat 5

Bagi pembaca blog saya yang tak seberapa ini, Saya mendoakan agar hari-hari anda dipermudah dan di ringankan dalam segala hal.

P/S : Jika tak silap masa itu arsenal berjaya masuk ke semi final dan berjaya melepaskan diri  di laluan sukar tersebut tapi tidak berjaya masuk final. Sadis sungguh.. 🙁

 

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Comments (4)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Memang benar apa yang saudara halif katakan. Terdapat banyak laluan sukar dalam kehidupan seharian kita. Kita sebagai khalifah Allah, diberikan fikiran untuk menyelesaikan segala permasalahan yang kita hadapi. Antara seperti berdoa dan buat solat Dhuha setiap hari untuk dibukakan pintu rezeki. InsyaAllah, rezeki kita akan sentiasa melimpah ruah..Dengan izin Allah
    Kaspersky Murah recently posted…Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik 2013My Profile

    • Halif Saat says:

      Betul tuan… solat dhuha, berdoa dan terus berusaha.. pasti kita akan menemui jalan kejayaan sebenar… 🙂

  2. Izzat Eshak says:

    Laluan sukar lebih cepat membentuk kita.
    Pengalaman yang berharga =)
    Izzat Eshak recently posted…i-Akaun Emas Kuwait Finance HouseMy Profile

  3. Viral Content Team says:

    perkongsian melalui pengalaman dan perkongsian melalui pembacaan dua perkara yang berbeza. Aapa yang saya lihat tuan sampaikan mengikut pengalaman sebenar.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: