Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Kuasa Idola

June 21, 2013 4 Comments

Sebenarnya hal ini saya tidak pernah perasan pun sampailah berumur 20 tahun iaitu bila mana saya mula masuk dalam dunia perniagaan dengan lebih serius lagi. Oleh demkian, Benarkan saya untuk bercerita dan  mengimbas semula kisah-kisah kejayaan kecik di mata orang namun besar jauh nun dihati ini. Cerita ini mungkin lawak tapi itulah salah satu cara teknik untuk menyemarakan diri kita untuk mencapai kejayaan.

Waktu kita kecik-kecik dulu…pasti kita ada cerita kesukaan di TV. Saya ada satu karton yang paling saya minat sangat dulu iaitu karton bola yang bertajuk kickers. Siapa yang lahir diantara tahun 1980-1986 pasti cerita karton ini juga menjadi kegilaan ramai. Selepas saja habis cerita ini pasti semangat untuk bermain bola akan tersemat kuat berkobar-kobar. Saya tidak pernah tinggal walaupun satu siri cerita ini.

Biasalah pengaruh television sebagai kanak-kanak sangat kuat , sama juga seperti saya ketika itu. Apa yang saya mahukan dari apa yang saya tengok saya mahu jadi seperti itu. Saya ingin menjadi salah seorang hero dalam pasukan  kickers iaitu kakeru(penyerang) . Namun saya menghadapi masalah yang teruk dalam kesihatan (lelah) dan kedua saya tidak tahu bermain bola walaupun ketika itu sudah darjah 3. Tapi masalah kesihatan tidak pernah menghalang kejayaan saya untuk menjadi kakeru, walaupun lelah teruk saya akan tetap turun bermain bola setiap petang bersama kawan-kawan kawasan rumah.

Satu hari sekolah ingin mencari bakat baru untuk pelapis barisan pasukan bola sepak. Sudah pasti saya pergi mencuba nasib. Alhamdulilah ketika itu dipilih walaupun bukan menjadi kesebelasan utama. Sejak hari itu saya cari poster kumpulan kickers dan tampalkan di dinding dan menjadikan mereka sebagai idola walaupun mereka tidak pernah wujud dalam dunia sebenar.

Dipendekan cerita kejayaan ini sampai peringkat tertinggi di sekolah rendah iaitu dipilih bermain untuk daerah. Tapi disekat kuat oleh kerajaan PAMA(papa & mama) kerana emak saya lebih suka saya bertumpu kearah akedemik berbanding sukan. Tapi hati tetap puas dengan kajayaan ini.

kickkers

Sayangnya waktu itu tiada kamera atau telefon yang canggih untuk merakam memori indah.Piala juga entah kemana hilangnya. (Gambar piala  disebalah kanan sekadar gambar hiasan)

Selepas habis darjah enam, saya meneruskan lagi pembelajaran di sekolah berasrama. Disekolah saya dulu tak banyak aktiviti kokurikulum dan taekwondo adalah salah satu kelab yang aktif ketika itu. Jadi sebagai seorang yang aktif maka tiada pilihan tetapi minat saya dalam ilmu mempertahankan diri masih kuat. Ini kerana saya juga suka menonton cerita lawan-lawan masa sekolah rendah dulu. Saya juga mempunyai seorang idola yang hebat dalam kategori ini . Orang tersebut tak lain dan tak bukan iaitu Bruce Lee.

Untungnya ketika itu cekera padat/CD semakin mudah untuk dibeli. Saya ada koleksi semua movie yang dilakonkan oleh Bruce Lee. Saya juga melekatkan poster beliau di locker di asrama serta di bilik (bilik rumah sebab hostel tak dibenarkan lekat poster). Ingat lagi, seiap kali ada tournament saya akan pasang movie beliau berkali-kali. Saya akan pause dan rewind setiap gerakan yang dilakonkan. Saya meniru gerakan, nafas dan bunyi. (Tapi sebabkan bunyi yang dikeluarkan beliau agak pelik saya ubah gaya bunyi yang boleh kena dengan taekwondo 🙂

Hasilnya…

Kuasa Mempunyai idola

Diantara pingat yang masih tersimpan. Banyak hilang masa proses family pindah rumah

Saya memenangi banyak pingat dalam banyak kejohanan.Saya juga pernah berjaya memperolehi pingat emas dalam kategori hyper heavy ketika 17 tahun. Walaupun itu bukan kategori saya ketika itu yang hanya light weight. Saya juga dipilih untuk menjadi wakil Malaysia ke Greece ketika 18 tahun. Saya mempunyai kelas saya sendiri seramai hampir mencecah 100 orang ketika umur 19 tahun. Tapi semuanya terhenti secara perlahan-lahan ketika saya mula sambung belajar semula.

Selepas saya tahu hal sebenar ini adalah cara terbaik untuk menjentik agar hati nurani kita bergegar bagi mencapai apa yang kita mahukan. Maka saya gunakan teknik yang sama untuk mencapai lebih banyak kejayaan. Dan diantara pencapaian itu saya telah berjaya  mengembara banyak negara sebelum umur saya mencecah 25 tahun. Gambar boleh lihat disini . Ada banyak lagi kisah kejayaan saya melalui teknik ini. Namun cukuplah ini menjadi sebagai bukti yang cara ini sememangnya berkesan. Bezanya dulu saya buat secara spontan dan kini saya buat dengan lebih bersedia.

P/S : Setiap apa yang kita minat, idola tersebut pasti berlainan orang mengikut kepakaran. Jadi cari siapa idola korang itu dan jadikan inspirasi untuk korang turut berjaya macam dia. Tiru gerakan, tiru cara dia bercakap, tiru gaya dia bernafas dan tiru saja apa yang baik dari idola kita itu. Ada berani ker?

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Comments (4)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Izzat Eshak says:

    Menarik idola bro ni
    Masa kecik2 memang banyak cerita kartun.
    Ada kala terikut-ikut kan jadi hero? =)
    Izzat Eshak recently posted…Rakan BisnesMy Profile

  2. Hasmi Hashim says:

    camna nak contact u..saya berminat utk adakan kelas kecil belajar ttg pengiklanan drp anda

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: