Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Ilmu Tanpa Amal

January 14, 2013 0 Comments

ilmu tanpa amal

Hari ini apa yang kita lihat semakin hari semakin ramai orang yang ingin menjadi pemimpin ia ini orang yang mengajar orang lain. Pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang mempunyai kepakarannya yang unik & tersendiri. Ada pemimpin yang pakar dalam bidang kesihatan, ada yang pakar dalam negotiate, dan ada yang pakar dalam pengucapan awam. Cuma apa yang hendak disentuh sentuh & tekankan adalah mengenai kepakaran pemimpin dalam penyampaian dan pengucapan.

Mengikut kajian ramai pemimpin yang bijak dalam membuat pengucapan  dengan ayat yang penuh seni memikat, Walaubagaimanapun mereka adalah orang yang hanya tahu bercakap tetapi tidak mengamalkannya apa yang telah disampaikan. Mungkin bukan 100%, cuma katanya most of the time tapi begitulah realitinya.

ilmu tanpa amal 01

Ini membuatkan saya teringat kata-kata seorang ustaz sewaktu di sekolah dulu, katanya ramai orang di akhirat kelak akan berat hisabnya disebabkan perkataan yang diucapkannya ketika di dunia. Iaitu orang yang sibuk mengajar orang lain tapi dia sendiri tak beramal dengan apa yang disampaikan tersebut.

Ilmu tanpa amal adalah gila

Sepertimana Imam Ghazali berwasiat: “Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.”

Moga-moga kita digolongkan dalam golongan yang sentiasa beramal dengan apa yang kita sampaikan kepada orang lain. Peringatan ini adalah untuk diri sendiri serta pembaca 🙂

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: