Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Gagal SPM

March 24, 2012 5 Comments

Terbaca artikel ini teringat keputusan SPM saya. Saya adalah salah seorang bekas SPM tahun 2002 yang boleh dikatakan tercorot disekolah dan terpaksa repeat semula beberapa subjek dengan dengan peperiksaan July paper.  Selepas July paper keputusan yang saya dapat hanya lepas untuk masuk ke pre-diploma dibawah program kendalian UiTM dan selepas itu saya layak dan berjaya mendapat segulung diploma.

Selepas kegagalan dari SPM banyak perkara yang saya belajar. Sewaktu dalam program diploma pun saya masih tercari-cari apakah potensi diri saya sebenar. Walaupun telah berjaya masuk ke program diploma UiTM dalam business study tapi seperti ada yang tidak lengkap dan saya selalu terfikir apakah aku 5 tahun lagi.

Belajar di Jalanan!

Hal ini terus menyebabkan saya mencari jawapan sendiri sedangkan kawan-kawan asyik dengan dunia alam student. Habis saja selama 3 tahun program diploma, saya mengambil keputusan untuk tidak meneruskan ke peringakat ijazah walaupun pointer saya adalah lebih dari layak untuk berbuat demikian .Saya mengambil keputusan untuk hanya belajar di jalanan iaitu pembelajaran dunia sebenar atau dipanggil haluan melawan arus.

Semenjak membuat keputusan melawan arus saya tidak pernah berhenti belajar dan terus belajar hingga ke hari ini. Malah saya juga tidak pernah merasa menyesal dengan keputusan itu. Alhamdulillah hari ini saya hampir berjaya mencapai apa yang saya impikan. Disokong berkat keberkatan doa kedua orang tua dan rakan-rakan yang sentiasa menyokong diri ini.

Drop out!

Saja saya mencari maklumat berapa ramai orang yang tidak berjaya dalam akedemi tetapi masih berjaya dengan jayanya,malah lebih berjaya dari orang yang ada kelulusan.Maklumat tersebut adalah seperti dibawah.

Nasihat saya kepada adik-adik yang gagal SPM awak tak perlu kuatir. Walaupun kelulusan awak PHd sakalipun belum tentu dapat menjamin masa depan. Jadi tak perlulah sampai bunuh diri. Itu semua mengarut. Biar gagal SPM bukan gagal dalam kehidupan hingga sampai nak bunuh diri.

Salam Maju Jaya =)

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Comments (5)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. am says:

    NASIHAT YANG AKAN SAYA IKUTI

  2. am says:

    NASIHAT YANG AKAN SAYA IKUTI

  3. MohdHalif says:

    Terima Kasih..Semoga Serba sedikit Cerita kehidupan saya ini boleh menjadi iktibar buat saudara 🙂

  4. belumMempunyaiDcIPLOMA says:

    assaalaamuaalaaiikkumm saudara repeat spm?susah tak?selepas tue umur berapa saudara sambung study kat universiti?

  5. MohdHalif says:

    Walaikumsalam… Selalunya bila kita sudah diatas perkara dibawah adalah paling mudah. Apa yang boleh saya gambarkan adalah seperti anda sudah naik tingkatan satu dan buat semula peperiksaan UPSR. Susah atau tidak ia terlalu subjektif. Apa yang penting kita berani mencuba terlebih dahulu. Saya masuk ke universiti pada umur 19 tahun. Setahun selepas tanam anggur..:)

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: