Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Erti Kejayaan Sebenar

September 15, 2013 1 Comment

Assalamulaikum…

Wooot.. wooott..

Agak lama jugalah tak update blog ini. Lepas pemergian abah tercinta tempoh hari.   Misi mencari kekuatan kini sudah semakin pulih sepenuhnya . Alhamdulillah pagi ini diberi kesempatan untuk  berkongsi sedikit ilmu mengenai Erti Kejayaan. Artikel ini ditaip di tepi pantai Tanjung Bidara, Melaka sewaktu pulang ke kampung melawat mak saudara dan berkunjung ke majlis perkahwinan sepupu. Sebelum pulang singgah sekejap disini. Bertemankan suara-suara riang seisi keluarga bermandi-manda, bunyi ombak, tiupan angin sepoi-sepoi bahasa dan keindahan lautan yang terbentang luas. pasti ia seronok untuk bermonolog.

erti kejayaan menurut islam

 Siapakah aku ingin berdiskusi mengenai Erti Kejayaan?

Pasti itulah yang anda semua  terlintas di fikiran.. Siapalah saya untuk memberi Erti Kejayaan Sebenar. Namun Hari ini saya bukan mahu bercakap menurut pandangan individu tapi saya ingin berkongsi apakah erti kejayaan dari sudut Islamiah.

Sebenar sebelum orang-orang yang mengaku berjaya Dok Pum Pang.. Pum Pang mengenai erti kejayaan.. Allah s.w.t terlebih dahulu telah menerangkan dalam Al-Quran siapakah orang-orang yang berjaya ini disisinya.  Cuma kita saja yang tidak mendalami sedalam-dalamnya. Ia disebut dalam surah Al-Mukminun dan beberapa surah yang lain.

Maksudnya : (Al-mukminun :1-9)

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman , iaitu orang-orang yang kusyuk dalam solatnya, orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan percakapan) yang tidak beguna, orang-orang yang menunaikan zakat dan orang-orang yang memelihara kemaluannya kecuali terhadap isteri mereka atau hamba sahaja. yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka tidak tercela, tetapi barang siapa mencari di sebalik itu(zina dan sebagainya), maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan orang yang memelihara amanah dan janji serta orang-orang yang memlihara solatnya.

Dalam ayat yang lain :

Sesungguhnya yang paling mulia (paling berjaya) disi Allah adalah orang paling bertaqwa (beramal soleh). Al-hujurat : 13

Ayat yang lain lagi… :

… Dan bertawakalah (Banyak melakukan amak soleh) moga-moga (pasti) kamu berjaya (Al-Imran : 130)

Dan Lagi…

…. Dan Ingatlah Allah banyak-banyak ,semoga (pasti) kami berjaya. (Al-Jumuah :10)

Banyak lagi ayat yang serupa di dalam Al-quran menerangkan mengenai orang-orang yang berjaya. Namun di entry kali ini saja yang dapat saya kongsikan. Ayat-ayat diatas menunjukan kepada kita bahasa kejayaan disisi Allah s.w.t adalah berdasarkan perbuatan manusia. Untuk lebih specifik lagi Allah mengkategorikan manusia yang berjaya berdasarkan perbuatan-perbuatan mereka yang beramal soleh dan bukan apa yang miliki hari ini.

Persoalan berbau tidak puas hati mula muncul dan timbul dibenak fikiran..

Kalau begitu tak perlulah kita buat perkara lain.. baik kita duduk dalam masjid saja buat amalan…?

Tidak dinafikan dulu saya juga jahil mengenai defisini ini. Namun mari kita lihat kembali dari sudut berlainan.. Sebenarnya apa yang kita buat untuk perkara yang baik maka sebenarnya ia adalah amal soleh yang baik dan akan mendapat ganjaran dari  itu tapi itu belum cukup.. sebab kita perlu ada 6 sifat perlakuan manusia yang berjaya dalam surah Al-mukminun tadi.

6 sifat orang berjaya :-

1. Orang yang Kusyuk dalam Solat

2 Orang yang menjauhkan diri dari percakapan yang tidak berguna (mengumpat/mengutuk/mengeji)

3.Orang yang menunaikan zakat

4. Orang yang memelihara kemaluan dari Zina

5. Orang yang memelihara amanah

6. Dan orang yang memelihara solatnya

Jadi selagi mana kita meninggalkan ciri-ciri untuk orang yang berjaya lagi maka kita belum boleh dikategorikan sebagai orang yang berjaya. Kerata besar, rumah besar, anak ramai, gaji besar, kecerdikan yang hebat, belum mampu untuk mengkategorikan kita sebagai orang yang berjaya. Jika kita miliki semua itu sekalipun ia hanyalah kejayaan di mata manusia dan bukan kejayaan yang sebenar yang telah di terangkan dalam Al-quran.

Itu saja ciri Asas Untuk berjaya disisi Allah s.w.t , Tapi ramai yang lalai (termasuklah saya juga) tidak peka akan tuntutannya. Oklah saya sudah mahu pulang. Seronok bermonolog di tepi pantai ini. Matahari yang tadi  cerah menyinar dah semakin menghilangkan diri.semoga artikel ini membantu pembaca agar kembali jelas defisini erti kejayaan sebenar.

 

p/s : Sekali sekala jadi imam muda kan.. Imam muda halif.. amacam bergaya tak…? He He He… 🙂

 

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Izzat Eshak says:

    InsyaAllah mengejar kejayaan hakiki.
    Perlu sedikit demi sedikit tinggalkan kekayaan dunia..
    Izzat Eshak recently posted…Pelaburan Emas 101My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: