Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Cara Terbaik Untuk Buat Keputusan

August 17, 2012 0 Comments

buat keputusan 1

Dalam kita menguruskan perniagaan kita akan selalu terjumpa jalan yang kononnya jalan mati atau kata lainnya kebuntuan yang memaksa untuk kita buat keputusan penting diantara hidup dan mati. Situasi ini juga akan kita jumpa dalam kehidupan harian kita. Jadi selalu kita dengar bila mana kita mintak pendapat rakan mereka akan lontarkan kata-kata alah..”Nekad Saja” atau alah “kau tak payah fikirlah ini kerja tuhan”.

Tapi tahukah kita sebenarnya jika kita hendak Nekad kita ada caranya dan sekiranya kita hendak berserah kita juga ada cara terakhir untuk berbuat demikian. Cara ini adalah cara asas yang mungkin ramai yang terlepas pandang. Cara ini juga diajar oleh seorang guru bisnes kepada saya.

1. Solat Sunat Istikharah

Selalunya orang kaitkan solat sunat ini dengan memohon petunjuk Allah dalam membuat keputusan untuk mencari calon isteri atau suami. Tetapi ramai orang tak tahu sebenarnya kita boleh mintak petunjuk dari Allah melalui solat sunat Istikharah ini dalam apa jua petunjuk kehidupan kita. Oleh itu,Tunaikan solat sunat istikharah. Doa agar tunjukan dimanakah sepatutnya keputusan yang perlu kita ambil.

buat keputusan 2

2.Keberkatan ibubapa/Suami

Selepas kita sudah solat,cari masa yang sesuai untuk bercakap dengan suami( bagi yang terlah berkahwin) dan sekiranya suami pulanglah ke Kampung untuk berjumpa ibubapa minta keberkatan serta minta untuk mendoakan agar hidup kita dipermudahkan. Jika ibubapa kita faham akan situasi hidup kita maka ceritakan kepada mereka bertanyakan pendapat. Kadang-kala Allha turunkan jalan penyelesaian bukan direct ke kita mungkin ia sampaikan dari orang terdekat.

buat keputusan 3

3. Back to Basic

Apa yang dimaksudkan dengan back to basic adalah ambil beberapa kertas bersaiz A4 kosong beberapa helai dan sebatang pen. Cari tempat yang tidak diganggu atau lepak di kedai kopi yang tak bising dan santai. Mula lakarkan kebaikan dan keburukan salah satu keputusan yang hendak diambil. Tuliskan seberapa banyak yang boleh. Lebih banyak yang diperolehi maka lebih banyak kita tahu risiko dan kebaikan yang kita dapat dari keputusan yang akan kita ambil.

buat keputusan 4

Mengambil Keputusan berisiko tinggi.

High Risk High Return

Kita tidak perlu gusar atau risau jika keputusan yang kita inginkan lebih banyak keburukan atau kata lainya lebih berisiko. Apa yang dikatakan risiko tinggi adalah mereka yang tidak tahu pun menguruskan risiko tersebut . Jadi jika keputusan kita adalah banyak keburukan maka cuba cari penyelesaian setiap keburukan tersebut. Jangan sesekali skip keburukan yang ada, Cuba selesaikan satu persatu. Kita mengambil jalan untuk berisiko tinggi maka caranya juga tidak mudah malah mungkin akan memeningkan kepada.

buat keputusan 5

Jadi bila semua telah dibuat malam sehari sebelum keputusan diputuskan maka tunaikan solat istikharah sekali lagi sebelum masuk tidur. Bila sudah untuk masuk tidur maka bulatkan tekad,percaya,yakin bahawa keputusan yang dibuat adalah keputusan yang terbaik.

Semoga Artikel ini membantu pembaca blog saya agar dapat membuat keputusan penting dalam hidup.

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: