Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Berapa jam korang kerja sehari?

December 25, 2011 2 Comments

You will never “find” time for anything. If you want time, you must make it.-Charles Bruxton

Semalam sabtu malam ahad tarikh 17 Dec 2011 jam 10.43 malam sedang orang lain sibuk menghabiskan masa bersiar-siarmerehatkan diri dan berjalan-jalan entah kemana menghabiskan masa hujung minggu yang menyeronokan.Saya pula masih lagi di office menyiapkan kerja-kerja yang tergendala dek kerana cuti yang lama tempoh hari.

Sedang asyik buat kerja tiba-tiba terdetik satu soalan di dalam hati “berapa lama aku kerja dalam sehari”. Soalan yang entah datang dari mana tiba-tiba muncul.Soalan yang ringkas tapi memaksa minda ini terus berfikir. Cuba diabaikan tetapi semakin lama semakin mengganggu konsentrasi kerja. Jadi terpaksa juga berhenti untuk mengira berapa lama diri ini bekerja dalam sehari.Kerja-kerja mengira mula dijalankan dengan sehelai kertas bersaiz A4 diambil atas meja.

Mula kerja : 0800 pagi

Average habis kerja di office : 0600 petang

Akan bukak laptop kembali bermula jam 8.00 malam

Averange waktu malam tutup laptop : 1200 malam

Jadi…

 pagi hingga petang : 10 jam

 waktu malam             : 4 jam

                                          ________

Total                            14 jam/sehari

Kalau korang nak tahu itulah aktiviti saya seharian. Tengok TV bila ada perlawanan besar bola saja.( Owh lagi-lagi membabitkan team favorite The Gunner! ). Saya juga aktif bersukan,berjoging,main playstation,baca buku,kemas rumah, tengok movie & DVD dan semua aktiviti lasak dan menyeronokan. Saya hanya ada satu hari yang saya saja kosongkan tanpa ada aktiviti bekerja dalam seminggu yang saya gelarkan hari tanpa bekerja.Ada kawan-kawan gelar diri ini workaholic . Tetapi saya tidak pernah endah apa yang dia katakan. Sebab saya sangat enjoy dan suka dengan apa yang saya buat.Peliknya saya tidak rasa saya sedang bekerja tapi seolah sedang bermain game bola di playstation! Jadi macam mana nak berhenti. Ia memang menyeronokan.. Ha ha ha :) Awesome!

Berapa lama korang bekerja sehari? Share lah sikit.Tinggl kan jejak comment kat bawah :)

About the Author:

Hai.. Saya Halif Saat, Seorang Blogger, Pengembara , Internet Marketer, Penyokong tegar kelab The Gunner. Suka melihat dan berfikir serta akan mengaitkan sesuatu perkara itu dengan dunia perniagaan. Tak tahu kenapa? Tabiat ini seperti melihat seorang awek yang cantik dan ia seperti sukar untuk dihentikan. Blog ini hanya sebagai perkongsian ilmu dan kehidupan yang daif ini. Jadi jika tidak keberatan.. Tinggalkan jejak kamu di bawah ini.. Akan ku Jejaki kamu semula kelak jika punya kelapangan masa. Insya Allah..

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Rafi says:

    Assalamualaikum.

    Sekarang ini saya bekerja mengikut jadual masa yang ada. :)

  2. MohdHalif says:

    Walaikumsalam Tuan Rafi,

    Ya, bekerja mengikut jadual adalah cara terbaik. Dari situ kita boleh tahu berapa jam sehari kita bekerja.Perkara yang kita suka buat pasti berlalu sekejap berbanding perkara yang membosankan :)

Leave a Reply

CommentLuv badge

Follow

Get every new post delivered to your Inbox

Join other followers

%d bloggers like this: