Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Kes Study : Strategik Bisnes Cool Blog

August 29, 2012 19 Comments

Cool Blog

Baru-baru ini saya pergi ke Ampang Park kerana ada urusan yang perlu diuruskan. Agak kelam kabut kerana sedikit kelewatan,keadaan jalan raya kuala lumpur kadang-kadang adalah diluar jangkaan sama sekali menyebabkan saya mencari jalan alternatif dengan menggunakan public transport iaitu LRT.

Selepas selesai siap segala urusan maka masanya untuk bergegas pulang ke Shah Alam, Tapi tengah berjalan menuju ke stesen LRT mata tiba-tiba terpandang dan terpaku melihat seorang kawan lama sedang bekerja menjaga di satu kiosk yang berjenama “Cool Blog” . Hati was-was takut tersalah orang tetapi naluri kecik tetap bertegas menyakinkan hati yang itu adalah benar seorang kawan lama.

Dipendekan cerita selepas bertanyakan khabar dan segala-gala hal maka sudah lama hati ini nak tahu sangat mengenai syarikat Cool Blog ini. berapakah sales jualan Cool Blog untuk sehari secara average. Bagaimana strategik perniagaan mereka guna pakai? Apakah konsep yang digunaka pakai? berapa banyak outlet mereka diseluruh negara? Mengapa kiosk kecik sekangkang kera ini seperti super rocket membuka outlet dimerata-rata tampat ditanah air bukan saja di shopping complex malah mereka juga gah di hentian bus dan hentian di highway. Jadi sedikit kes study saja saya buat.Mana tahu konsep yang sama boleh diguna pakai dalam perniagaan sendiri.

Berapa Sales Average yangΒ  perolehi sehari?

Soalan pertama yang dituju kepada kawan lama saya ini adalah mengenai sales. Berapa average sebuah oulet sekangkang kera ini boleh perolehi. Apa yang diberitahu kepada saya untuk sabtu & ahad sales boleh mencecah sehingga RM5000++ dan jika dikira secara average adalah RM2500 sehari. Sedang kawan sibuk bercakap otak saya mula mencongak-congak mengira berapa keuntungan bersih yang diperolehi. Otak mula bergerak mengira seperti calculator…tap..tap..tap..

RM2500 X 30 hari = RM75,000/sebulan (dalam hati sudah menjerit wow!)

Jika sudah ada sales pasti perkara pertama yang perlu kita kira adalah cost atau overhead sebulan. Jadi saya mengira semula berapa cost dan overhead (sewa kedai,elektrik,pekerja,air,produk mentah dll). Kawan saya cakap hal ini bergantung kepada tempat sesebuah lokasi outlet itu terletak. Kerana ada tempat lebih mahal dan ada tempat yg lebih murah sewa. Jika lokasi tidak berapa strategik maka jualan juga mungkin tidak berapa memberansangkan. Dalam hal ini lokasi outlet adalah sangat memainkan peranan penting katanya. Jadi kiraan ini diambil mengikut tempat lokasi kawan saya ini iaitu di depan Ampang Park.

Sewa :RM8500/sebulan

Labor cost : RM5,000/sebulan

Elektri & Air : RM1000 (maximum)

Pengiklanan : tiada (syarikat cool blog sendiri akan membuat promosi)

Lain-lain (hidden cost): RM5,000 (expected)

total : RM 19,500

Sekali lagi dalam hati menjerit wah! kedai yang sekangkang kera ini mempunyai ovehead yang tak hengat!. Jadi Jom kira lagi

Sales : RM75,000

Overhead : RM (19,500)

Balance/Profit : RM 55,500

Betulkah ini.. Adakah ini punca kedai super rocket ini boleh meningkat secara mendadak. Buat masa ini. Itu saja info yang saya dapat bagi seorang pekerja yang menguruskan sebuah francais berjenama “Cool Blog”. Semoga sedikit info ini akan dapat membuka minda dan hati pembaca untuk mengorek lebih banyak maklumat. Jika benar maka ini adalah peluang. Jika tidak benar mana mungkin pula jenama ini semakin utuh di pasaran. Fikir-fikirkan..

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Comments (19)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. ctea says:

    brapa percent profit yg kte kena bagi kat coolblog setiap bulan? kos termasuk sewa bulanan tu ke lain? tq

    • Halif Saat says:

      Salam Mesra CIk ctea,

      Terima kasih meninggalkan comment dan jejak di ruangan comment ini. Untuk pengetahuan cik saya hanya buat review mengikut apa yang saya lihat dari mata kasar. Mungkin cik boleh terus menghubungi pihak cool blog sendiri mengenai hal yang ingin cik kemukakan tadi.

      Terima Kasih

  2. shah says:

    Saya rasa anda dah silap melakukan pengiraan. Perkara paling penting untuk ditolak adalah kos modal air. Jika kos bagi setiap air sudah hampir 50% , maka kena kira RM2500 x 0.5 = RM1250 hasil pendapatan kasar sehari. Kemudian baru tolak kos-kos lain. Maaf saudara, saya rasa saudara tidak begitu memahami bidang perniagaan. Sesiapa yg membaca pengiraan saudara ini pasti hairan dengan cara saudara membuat analisis. Maaf saudara, saya cuma memberi pandangan. Jika saudara tidak setuju, saudara boleh padam komen saya.

    • Halif Saat says:

      Salam Mesra Tuan Shah yang dihormati,

      Terima Kasih kerana meninggalkan jejak anda disini. Mungkin tuan adalah pakar-pakar perniagaan dan diantara orang yang sangat memahami bidang perniagaan yang hebat diluar sana tapi sayangnya tuan tidak menggunakan kehebatan tersebut untuk membaca dan meniliti apa yang saya post di blog saya ini sebelum cuba berikan padangan dan comment.

      Walaubagaimanapun saya menerima dengan hati terbuka,Disini saya hendak memberitahu yang saya tidak membuat apa-apa analisis mengenai perniagaan ini. Tuan boleh baca kembali post ini, tidak akan post yang pendek seperti ini tuan boleh katakan analisis. Saya hanya buat sedekit kira-kira mengikut apa yang diberitahu oleh kawan saya sendiri yang bekerja di salah satu outlet tersebut . Dan kiraan dan post ini dibuat spontan tanpa ada kertas kerja analisa yang detail.

      Tujuan saya membuat post ini adalah untuk membuka peluang yang mungkin boleh diperolehi oleh pembaca blog saya. Kerana saya percaya sumber yang saya perolehi masih boleh diguna pakai. Saya telah menggalakan para pembaca mencari info sebenar agar ia lebih ampuh untuk menjalankan perniagaan ini dibahagian akhir.

      Saya tidak perlu padam padangan dan comment tuan Kerana tetap menghormati ia sebuah pandangan. Apa pun terima kasih sekali lagi. semoga comment ini dapat menjawab pandangan tuan tersebut.

  3. E_R says:

    ade contact no. member yg manage francise cool blog tu tak? sy pn ade plan nk buka francise..nk kumpulkan info sebanyak mungkin dr org yg berpengalaman..

    • Halif Saat says:

      Salam Mesra Tuan/Puan E_r,

      Tiada siapa sukakann dengan gangguan. Pada pandangan saya no. telefon seseorang adalah privacy . Adalah lebih baik tuan/puan sendiri langsung berjumpa terus syarikat cool blog untuk bertanyakan lebih lanjut lagi.=)

      Sekian
      Terima Kasih

  4. Joe says:

    Interested. Im hoping that he will reply. :))

  5. hidayah hadnan says:

    Bleh x kalu sy mnta no member sedara tu?sbb sy lam plan nk mulakn bisnes,lama dh tp xtau mcmana nk mula..tbca post ni bt semangat smula lak..leh msg sy kt kelopak_biru@yahoo.com.my tq ek sedara

    • Halif Saat says:

      Salam Mesra Cik Hidayah,

      Sebenarnya saya rasa mungkin cara terbaik adalah cik sendiri terus pergi syarikat cool blog. Ini kerana bukan semua orang senang dengan gangguan dari orang yang tidak mereka kenali. Memberi no. telefon kawan saya itu juga saya rasakan seperti melanggar privacy beliau. Jadi pendapat saya agar cik boleh terus hubungi sendiri syarikat cool blog.

      Disini mungkin dapat membantu :-
      http://www.coolblog.com.my

      Sekian,

  6. s.noara says:

    sori,

    kos utk beli brg mentah brp? macam takde mention pun.

    • Halif Saat says:

      Cik S.Nora

      Saya ini hanya congak-congak saja.. mengikut perbualan kawan saya tersebut..(sudah mentioned diatas)
      Abaikan dengan perkiraan disini.. Dapatkan perkiraan yang betul dari mereka sendiri. πŸ™‚

  7. Syasya says:

    Salam,

    Sebenarnya dlm perniagaan, bila kita setup biz, cara pengiraan yg betul adalah spt yg diterangkan oleh saudara shah, kerana jika kita sediakan profit and loss statement, memang yg utama sales perlu ditolak dgn kos bahan mentah, after dpt gross profit baru ditolak dgn semua expenses spt gaji pekerja, utilities,rental dll. P&L stmt perlu disediakan oleh setiap peniaga bg mendapatkan keuntungan BERSIH yg sebenar. Mungkin encik shah jurusan accounting or business masa di Universiti,saya pun ambil aliran yg sama.

    Walaubagaimanapun saya faham saudara Halif hanya mencongak2 cara sempoi, org kata lbh2 kurang utk menjelaskan betapa byknya profit margin biz coolblog.

    Mungkin komen saudara shah agak keras sedikit yang membuatkan saudara Halif membalas sinis.

    Apapun biz ini memang menguntungkan,tetapi perlu diingat PEMILIHAN LOKASI menentukan sales perniagaan. Sebenarnya saya dah survey berpuluh outlet coolblog hehe krn dlm proses pembukaan outlet, doakan saya ya πŸ™‚

    • Halif Saat says:

      Salam Cik Shafinaz,

      Terima kasih kerana sudi berkunjung di blog yang lama sudah tidak di update ini.
      Terima kasih juga kerana memahami tujuan post sempoi ini dibuat. Dalam dunia perniagaan
      perkiraan aliran wang masuk amat penting dan wajib dibuat secara terperinci yang boleh.

      Namun dari sudut berlainan dalam membuka minda orang menggalakan
      mereka agar berniaga lebih-lebih lagi pada mereka yang tidak pernah terjebak dalam dunia perniagaan
      kita perlu memudahkan seboleh-bolehnya agar mereka mudah untuk berani bermula.
      Apa pun ini hanya pandangan peribadi sahaja πŸ™‚

      Didoakan agar cik terus maju dan sukses dalam perniagaan ini. thumb up!

  8. ila says:

    brape bayaran y dperlukan untuk buka gerai coolblog? mcm mana nk dapat kan senarai barang-barang y disediakan utk buka gerai?

    • Mohammad Zahideen Bin Onn says:

      Cool blog memerlukan modal rm120k. Kalo coolstation dlm rm100k. Saya ada 1 coolstation di Serom ledang johor. Siapkan duit dan tempat berniaga. Yang lain pihak coolstation uruskan.

  9. moja says:

    rm55k belom tolak bahan mentah lg kan?

    • Halif Saat says:

      Seperti yang diberitahu kiraan kasar saja. Sekarang cool blog nampak seperti tenat. Boleh buat market research semula.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: