Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Strategik Atasi Perang Harga

January 17, 2013 0 Comments

Perang Harga

Setiap usahawan pasti akan mengalami situasi “Perang Harga Dalam Pemasaran“. Perkara ini lebih kerap berlaku bila mana ada pesaing baru yang muncul. Pesaing baru tersebut akan cuba untuk memberikan harga paling rendah di pasaran untuk menarik perhatian pembeli dan ada juga kadang-kadang mereka sengaja melakukan untuk merosakan pasaran sedia ada. Mereka sedaya upaya menurunkan harga walaupun kadar keuntungan akan hanya diperolehi sekadar 0.05% untuk setiap jualan. Perang harga telah menyebabkan banyak perniagaan akan gulung tikar jika tidak dapat ditangani dengan baik.

perang harga 2

Usahawan akan berhadapan yang mana menyebabkan tanggapan pelanggan berubah dengan menganggap kita menjual benda yang sama dengan harga yang mahal di pasaran. Sebenarnya ada cara untuk atasi Perang Harga. Cara yang betul boleh menangani sehingga pesaing baru tadi hanya ada dua pilihan sama ada. Pilihan pertama menutup perniagaan sepenuhnya dalam tempoh beberapa bulan lagi atau pilihan kedua menaikan semula harga mengikut harga pasaran semasa. Dibawah saya kongsikan tiga cara atasi perang harga

#1- Buat Promosi Pakej Combo

Kita ambil contoh terdekat, pembelian produk Mcd akan jadi lebih murah berbanding beli secara berasingan. Jadi cantumkan produk anda selepas itu tawarkan harga lebih menarik. Untungnya strategik ini produk anda yang susah jual juga akan laris jika dibuat dengan betul:)

#2- Tingkatkan Kualiti Perkhidmatan

Hari ini perkhidmatan adalah keutamaan. Tiada siapa yang suka beli dengan pembeli yang sombong,yang tidak mesra, tidak pandai mengambil hati dan lebih teruk lagi peniaga yang suka memarahi pelanggan. Jadi tingkatkan kualiti customer service. Jika sebelum ini penghantaran barang adalah 5 hari berikan jaminan yang barang akan hantar kurang dari itu. Gunakan teknik menjawab telefon dengan betul dan semua perkara yang boleh menambat hati pelanggan kepada perniagaan kita. Waktu ini harga akan jadi No.2.

#3-Tingkatkan Promosi 10 kali ganda dari biasa

Oleh kerana peniaga baru adalah baru dalam industri perniagaan anda. Maka peluang untuk anda melebarkan empayar dengan meningkatkan peratus INVITATION. Bergerak lebih pantas dari biasa.  Tonjolkan yang anda adalah pioneer dalam bidang ini. Beritahu mengapa mereka patut membeli dengan anda. Walaupun mereka tidak membeli sekurang-kurangnya mereka tahu anda adalah orang yang sepatutnya akan mereka cari nanti.

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: