Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Cara Mudah Menurunkan Berat Badan

April 17, 2013 0 Comments

cara mudah menurunkan berat badan

Kali ini saya nak bercerita mengenai kesihatan sikit sebab semalam kebetulan terjumpa seorang kawan sewaktu belajar dulu. Apa yang mengejutkan dia yang digelar “tulang” oleh kawan-kawan tidak lagi kena dengan gelaran tersebut. Keadaan perut yang agak kedepan dan bentuk badan yang semakin melebar membuatkan gelaran itu tidak nampak seolah-olah itu dia.

Bila ditanya.. mengapa badannya mengembang dengan pesat….?

Jawapan mudah dilemparkan.. biasalah hati senang.. Lagipun dah kahwinkan…

Persoalan mula timbul dan cuba diolah dengan lebih serius lagi..

Apa benar ker kalau hati senang perut dan badan kita perlu mengembang jugak?

Mungkin ia terpulang kepada individu itu sendiri. Namun saya berpendapat sesibuk mana pun kita dalam perniagaan mahupun dalam kerjaya kita,pastikan kita luangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk terus menjaga kesihatan. Jika betul hati yang senang berbadan besar mungkin ia bersifat sementara dan Selepas itu akan susah hati dengan pelbagai penyakit akan muncul yang berkaitan dengan berat badan berlebihan seperti Darah Tinggi, Kencing Manis, Kelestrol tinggi dan macam-macam lagi. Lebih-lebih lagi faktor umur yang sentiasa meningkat. Nabi kita telah berpesan dengan hadith yang berbunyi mengenai pemakanan lagi sejak zaman baginda.

 ” Perut itu adalah rumah penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit” ( Hadis riwayat muslim)

Jadi disini inginlah juga saya kongsikan beberapa cara mudah menurunkan berat badan mengikut apa yang telah diamalkan sendiri. Mana tahu pembaca yang cuba amalkan terkesan pula pada korangkan.Siapa yang untung..? korang jugaklah kan…

Sewaktu dulu berat badan saya pernah mencecah hampir 90kg namun selepas itu telah berjaya menurunkan semula serendah 71kg. Oh ya teknik ini saya buat tanpa menggunakan sebarang apa-apa ubat-ubatan. Hanya lakukan secara natural beauty :p . (cuba cari gambar lama sewaktu badan bersaiz 90kg tapi tak jumpa pulak)

Ok teknik tersebut adalah..

#1- Minum banyak air

Sehari minumlah dua botol air mineral besar 1500ml X 2 botol. Lagi banyak lagi bagus.

#2-Kurangkan makan nasi

Ini penting, sebab mungkin masa kita muda mudi dulu makan nasi tidak memberi kesan kerana sistem badan dengan cara kita bekerja/bersenam agak luar biasa,namun di akhir usia muda ini banyak perubahan berlaku dalam badan kita. Cara kita bersenam pun boleh dikira dalam setahun. Jadi kalau nak kurus kurangkan makan nasi atau terus katakan tidak pada nasi.

#3-Amalkan minum teh cina

Tips ini korang kena balik zaman  purba cina sekejap. Banyak sebenarnya kelebihan dari teh cina ini. Tapi sini saya high light-kan teh cina dapat membuang toksid dalam badan secara natural. Jadi cuba dapatkan teh cina yang berkualiti sikit yer. Sebab ada banyak jenis teh dipasaran yang hanya dijual secara murah dan tidak berkualiti. Minum secara konsisten.

4#- Workout

Ini ramai yang malas nak buat dan kalau buat sekalipun pasti ramai yang tidak konsisten, Kalau malas nak buat ingat kata-kata hikmat ini “No Pain No Gain”. Hal ini normal lah dalam bisnes sekalipun ia kena sakit dulu baru boleh dapat. Nak panjat gunung hingga ke puncak tapi tak nak daki.. macam manakan? so.. Rajin-rajinlah workout ke gym atau setidak-tidaknya pergilah jogging. Jika hari ini buat 3 pusingan esok tambahkan supaya jadi 4… jika esok 4 tambahkan jadi 5 dan begitulah seterusnya.. Ingat “No Pain No Gain”.

5# Jangan makan malam

Kalau pernah ingat dulu ustazah atau cikgu selalu pesan, kalau nak makan jangan lepas magrib sebab nanti otak lembap dan badan lemah nak belajar. Dan masa tuhlah waktu prep korang bantai tido.. haha Hal ini sebenarnya bukan untuk waktu kita digelar pelajar jer namun ia bagus untuk menjaga badan dan perut kita sampai bila-bila jika diamalkan. Oleh demikian elakan makan selepas magrib. Waktu terakhir makan adalah sebelum jam 7 malam. Jika lapar buat jer air yang ada asas susu macam milo atau nestum.

#6-Target

Yang ini pun sangat penting. Ia ibarat kita menaiki teksi dan suruh pakcik driver tuh jalan. Bila pakcik tuh tanya nak kemana ini encik. Kita pun kata jalan… jalan sajalah.. bila teksi dah bergerak … pakcik driver tanya lagi.. nak kemana kita dah jalan ini..? kita pun jawab lagi.. Jalan saja..jalan lagi… saya pasti lepas tuh tak korang  kena maki pasti korang kena pelempang terus. Macam itu jugalah bila kita nak tak set target. Nak kurus tak tahu berapa target.. nak kurus tak tahu bila tarikh pencapaian itu boleh di capai. Jadi.. letakan target.. kalau boleh buat kat A4  dan print letakan gambar bentuk badan idaman kita. setkan masa… tarikh.. dan selepas itu “Just Do It”…  ada berani?

#7-Buat semua diatas

Ok dah sampai masa untuk korang buat semua diatas. Jangan skip walaupun satu. Buat semua..

P/S : Ingat… “No Pain No Gain” Salam Maju Jaya!

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: