Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Tak Ada Idea Nak Jual Pakej Percutian Apa? 4 Tips Ini Boleh Bantu Anda

May 18, 2016 0 Comments

INSTAGRAM | FACEBOOK

Teknik-Jual-Pakej-Percutian-Di-Malaysia

Selalunya hal begini terjadi untuk orang baru dalam bisnes travel. Tapi jika anda sudah lebih 3 tahun dalam industri tapi masih blur hendak jual pakej percutian destinasi mana maka anda sedang mengalami masalah yang agak kritikel.

Istilah jual semua benda dalam satu masa sebenarnya adalah istilah anda sedang tidak menjual apa-apa. Percaya ke Percaya? Samalah seperti industri lain sebenarnya anda tak perlu pening pun nak jual semua pakej. Jika ada 500 negara dalam dunia ini semua benda anda nak jual. Serius tak perlu.

Ada mengatakan lebih banyak pakej yang anda sediakan maka lebih banyak keuntungan yang akan anda perolehi.., Ya percayalah itu MITOS semata-mata. Jumlah pakej yang anda tawarkan bukanlah ukuran tepat keuntungan yang anda perolehi.

Jadi berikut saya kongsikan  cara pemilihan pakej percutian yang boleh anda tawarkan pada pasaran.

 

#1- Pilih Pakej Mengikut Minat

Jika anda pernah travel di suatu tempat dan anda jatuh hati pada tempat tersebut maka jadikanlah destinasi tersebut sebagai pakej percutian yang anda tawarkan pada pelanggan. Bila disebut dengan minat maka pasti kita tak pernah wujud istilah jemu. Pasti juga kita tak pernah jemu ke destinasi tersebut walau untuk ke 1001 kali.

Kita juga tak jemu nak belajar lebih lagi infomasi berguna untuk tempat tersebut. Di mata orang tempat itu biasa-biasa tapi di mata kaca anda tempat itu unik. Anda tahu keunikan tersebut disebabkan anda minat. Maka apa yang di nanti-nantikan lagi. Inilah pakej percutian terbaik untuk anda tawarkan pada pelanggan anda.

Tips : Tanya pada diri? Tempat apa yang aku dah pergi dan aku suka tempat itu? Cuba list kan 10 atau lebih destinasi tersebut dan pilih satu saja untuk fokus.

#2- Pilih Pakej Mengikut ‘Demand’

Bila mana step pertama gagal disebabkan mungkin anda orang baru dan belum pernah lagi sampai tempat yang jauh-jauh maka gunakan kaedah no.2 ini. Lihat & kaji pasaran. Selepas dah tahu info pakej destinasi permintaan paling tinggi di pasaran kaji pula maklumat destinasi tersebut. Buatkan sedikit assignment. Kalau boleh turun sana lihat, dengar dan rasai sendiri. kalau destinasi tersebut kena pula dengan jiwa maka lebih mudah kerja anda untuk jual destinasi tesebut.

Tips : Tanyakan dalam diri Apakah tempat yang mempunyai permintaan tinggi untuk ketika ini? Awas dengan kajian syok sendiri. Bila mana dikatakan kajian maka anda perlu buat sendiri servey. Tanya pada rakan, tanya pada ahli keluarga dan tanya juga pada orang terdekat.

#3- Cipta Pakej Sendiri

Art is Making something out of nothing and selling it-Frank Zappa

Anda pernah dengar tak kisah seorang tour guide bawa pelancong asing ke Bangunan Runtuh highland tower?

Kalau belum dengar izinkan saya bercerita serba sedikit. En Azuan bukan nama sebenar seorang tour guide. Seperti yang kita tahu tugas tour guide adalah bawa orang melancong di tempat-tempat pelancongan yang menarik. Namun pada suatu hari En. Azuan memikirkan bagaimana beliau mahu beri nilai lebih lagi pada pelancong yang beliau bawa disamping menambahkan lagi pendapatan beliau dengan kos paling minimum. Entah bagaimana suatu hari beliau terfikir satu idea unik ini iaitu bawa pelancong asing tadi ke kawasan-kawasan yang mempunyai sejarah hitam tersendiri. Beliau tawarkan trip ini dijalankan hanya pada waktu malam sahaja. Beliau akan offer sebaik saja habis waktu tour di sebelah siang. Dengan caj tertentu maka jika berminat boleh buat bayaran dan tunggu di lobi hotel pada jam 9.00 malam. Antara lokasi tersebut adalah highland tour.

Kisah diatas adalah hanya kisah ringkas. Anda juga boleh cari sesuatu tempat untuk di jadikan pakej lawatan dan tawarkan pada golongan tertentu. Boleh ke boleh? 🙂

#4- Jual Produk Pesaing

Disebabkan kita masih baru maka ada banyak benda yang kita tak tahu. Antaranya kosting, pengurusan masa, handling group dan pelbagai lagi urusan berkaitan. Bila dah blur sangat nak jual pakej apa maka cara paling mudah adalah jual saja produk pesaing dengan jadi agent kepada pesaing anda. Pastinya pesaing kita mempunyai pakej yang pelbagai. Tanyakan pada mereka. Apa pakej beliau paling terlajak laris? atau boleh juga tanya pakej mana yang mereka tawarkan dengan agent memperolehi komisen tertinggi. Maka anda fokus-kan jual pakej tersebut.

Mudah ke Mudah?

Selamat mencuba..

Image by Leo Hidalgo

INSTAGRAM | FACEBOOK

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: