Ini 5 Teknik Pemasaran 2019 Yang Perlu Anda Fokus.

 

Teknik Pemasaran 2019

Trend 2012 hingga 2013 hangat tetang SMS blaster dan auto reply, masuk 2014-2017 trending dengan pemasaran social media dan sudah semestinya seperti yang kita tahu facebook ads adalah antara channel yang paling banyak menjadi tumpuan.

Walaubagaimanapun 2018 trend sikit-sikit berubah. Facebook ads tidak semeriah tahun-tahun sebelumnya. Terma & syarat yang di tetapkan oleh Markjuki (Mark Zuckerberg) begitu juga dengan algoritma facebook yang tidak lagi terus menerus berubah dari semasa ke semasa tanpa henti. Kos iklan semakin hari bukan semakin murah tapi sebaliknya.

Ini semua jelas mampu untuk di jadikan penanda aras bahawa peniaga online tidak boleh lagi bergantung harap facebook ads semata-mata. Demikian itu berikut apa yang boleh anda tekankan/fokuskan untuk tahun 2019.

 

#1- URUS DATA PELANGGAN

Tahun-tahun mendatang “database is king” akan menjadi tunggak utama dalam startegik pemasaran. Jadi kalau sebelum ini anda tidak pernah endah mengenai database maka di saat akhir 2018 ini kembalilah bina semula database pelanggan anda dan kekal fokus pada tahap optimum untuk terus kumpul dan urus dengan baik database prospek dengan pelanggan anda.

 

#2- MIX/INTERGRATED MARKETING

Sudah sampai masa guna mix marketing berbanding fokus pada hanya satu-satu channel. Mix marketing atau ‘integrated marketing’ adalah salah satu startegik meng-optimumkan pemasaran perniagaan bisnes kita. Antara mix marketing yang boleh di gunakan adalah email marketing, blogging, channel social media lain seperti Instagram, SEO, Google Adwords dan lain-lain lagi.

 

#3- CONTENT MARKETING

Mula bangunkan ‘content’ perniagaan anda sendiri sebagai platform utama agar mampu meningkatkan kredibiliti anda dalam industri. Content ini boleh di ubah suai mengikut channel pemasaran intergrated marketing yang di pilih. Setiap channel mempunyai strategik content yang berlainan. Namun impaknya adalah sangat ‘long term’.

 

#4 -FOLLOW UP

Ramai usahawan fokus kepada ‘fresh leads’ dengan buat spend beratus malah beribu ringgit. Tetapi setelah lead tersebut sudah dalam tangan tidak langsung di ambil peduli. Jadi 2019 adalah masa yang sesuai untuk ‘warm’ kan semula semua database yang ada agar mereka terus mengingati kewujudan perniagaan anda dalam pasaran.

 

#5- TELEMARKETING 

Satu-satu stategik yang ampuh dari dulu hingga kini dalam meningkatkan jualan adalah dengan menggunakan strategik telemarketing. Akhir 2017 strategik ini semakin mendapat tempat di hati usahawan di Malaysia. Di jangka 2019 strategik ini terus ‘hit’ untuk meletupkan jualan bisnes anda.

 

Jadi itulah 5 strategik pemasaran internet yang berpotensi sama ada melonjakan bisnes anda atau ‘sustain’ kan bisnes sedia ada anda.

 

Suka dengan artikel ini. Bantu saya kongsikan pada rakan anda. Dengan klik LIKE & SHARE.

Facebook Comments

Leave a Reply