Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Airasia Beli Saham Malaysia Airline

September 8, 2011 2 Comments

Apa dah jadi dengan Malaysia Airline ini pun saya sudah tidak pasti. Jolokan Malaysian Hospitality yang diwar-warkan mungkin hanya pada papan pengiklanan saja.Hakikatnya dibelakang tabir hanya orang-orang dalam saja yang tahu.Apa yang pasti bos Airasia Tony Fernandes baru-baru ini telah mendapat durian runtuh dengan tawaran yang telah diberikan oleh Penerbangan Negara.

Sudah lama saya hendak buat posting ini tapi disebabkan sibuk dengan rutin harian maka terpaksa melupakan seketik. Dikatakan baru-baru ini Malaysia Airline membuat tawaran menjual saham mereka sebanyak 20% ke Airasia dan Airasia juga perlu menjual saham mereka kepada Malaysia Airline. Sudah semestinyaTony Fernandes tersenyum lebar akan berita yang mengumbirakan ini. Kenalah dengan peribahasa ini Pucuk dicita Ulam mendatang.

Sewaktu sperjanjian ini saham Airasia sedang kukuh dipasaran iaitu RM3.60 seunit sedangkan Malaysia Airline adalah RM1.2 seunit.Malaysia Airline sudah mula merosot pada tahun 2001 lagi. Kemerosotan Malaysia Airline berterusan sehinggan munculnya kembali Airasia yang mana telah diterajui oleh tony fernandes. Dari pekerja hinggalah kepada CEO ditukar. Ada yang diberhentikan begitu saja dan ada pula yang diberhentikan dengan sedikit tawaran (VSS).

Jika dikira ini adalah tahun ke 10 kemerosotan Malaysia Airline sehingga terpaksa menjual sahamnya sendiri kepada pesaing. Apa yang dapat dilihat dan diambil iktibar. Ini tidak akan berlaku jika Malaysia Airline tidak hanya bergantung harap keuntungan dari pihak kerajaan semata-mata. Jika Singapore Airline terus gah dipersada domestik mahu antarabangsa maka itulah jejak yang sepatutnya di ikuti oleh Malaysia Airline. Jika ketuanya tidak betul sudah pasti sistemnya juga tidak betul dan terumbang-ambing. Satu persatu syarikat milik bumiputra akan jatuh. Walaupun GLC tidak boleh diiktiraf sebagai anak syarikat bumiputra tak kan kita mhu biarkan orang lain yang memiliki penerbangan negara milik kita. Apa yang  nak dibanggakan suatu hari nanti jika semua Syarikat besar adalah bukan lagi milik anak jati kita.

Untuk membincangkan hal ini amat menakutkan tetapi inilah hakikat sebenarnya. Astro, Digi, Maxis, Airasia, P1, Berjaya,Sime Darby, dan sebutlah satu persatu. Berapa banyak syarikat 100% anak jati kita. Fikir-fikirkanlah dan terus bertindak agar syarikat anak melayu terus mampu bersaing dibumi sendiri. Mungkin ada yang terbaca dan mengatakan post kali ini ada berbau politik atau perkauman tetapi tidak sama sekali saya hanya mengeluarkan padangan apa yang dilihat pada masa kini.

Filed in: Info Bisnes

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Juan says:

    setuju dengan ko, aku harap syarikat milik kita terus mampu beedaya saing, jgn malukan bangsa sendiri

  2. MohdHalif says:

    Betul Juan.. itulah yang kita takutkan.. Satu per satu syarikat gergasi malaysia bukan lagi kepunyaan orang melayu kita.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: