Gunakan Format Video Untuk Konten 2019

Video Sebagai Alat Pemasaran 2019

Post sebelum ini saya ada kongsikan teknik pemasaran yang akan hit untuk tahun 2019. Boleh baca semula disini. 

Untuk post kali ini saya nak kongsikan satu lagi tools yang mampu melonjakan ‘reach’ iklan anda pada tahap maksimum iaitu dengan menggunakan video sebagai konten pemasaran bisnes anda.

Beberapa bulan yang lepas instagram dah pun melancarkan IGTV   . IGTV ini menandakan team instagram akan lebih serius untuk fokus konten yang ber-formatkan video pendek. Pada pengamatan saya hal ini juga akan berlaku pada facebook. Kerana apa yang boleh kita perhatikan reach untuk post semakin hari semakin sendu. Berbanding facebook live & video yang lebih mudah memperolehi reach yang lebih tinggi serta memperolehi kos pengiklanan yang lebih rendah setakat penulisan ini dibuat.

Video informs and entertains people and, good or bad, today most people prefer to watch a video rather than read a page of text – Lisa Lubin

Apapun…

Asasnya tetap sama apa yang mahu disampaikan dalam mesej pemasaran kepada pelanggan. Malah kelebihan pengiklanan video sepatutnya lebih jelas kerana adanya unsur gambungan yang kuat antara visualize & audio yang boleh dimainkan serentak.

Jadi gunakan kesempatan ini sama ada untuk melonjakan bisnes anda atau jadikan ini sebagai alat untuk lebih sustain dalam pasaran.

Facebook Comments

Leave a Reply