Dunia perniagaan hari ini bukan sekadar buat makanan sedap, bukan sekadar jahit baju kemas dan cantik, bukan sekadar wajah anda menawan waktu jual barangan kosmetik.Tetapi lebih dari itu. Temeh di mata anda namun impak dalam perniagaan sangat besar. Berikut saya kongsikan antara sebab pelanggan benci dan tidak mahu lagi kembali membeli dengan anda.
1. Masam Muka (Tak Mesra)
Sangat penting untuk peniagaan offline/street bisnes. Saja saya letakan yang pertama kerana wajah adalah perkara pertama pelanggan akan lihat daripada kita. Sebenarnya cukup dengan mengukir dengan satu senyuman sudah menonjolkan kita seorang peniaga yang amat menitik beratkan kemesraan pelanggan (jika lebih lagi bagus). Jika kita bukan owner danĀ hanya pekerja maka pelanggan akan meletakan satu reputasi terbaik pada syarikat kita. Hebat tak kuasa senyuman..?
Sebaliknya….
Pernah dengar dialog kat bawah nie..
“Sekali jelah aku beli sini.. Senyum pun tak nak.. Cara pun kasar… Serik je rasa…”
Peniaga jalanan hari ini. Kebanyakan bukan tidak senyum malah bermasam muka pula. Seolah-olah kita datang ini seperti kita terpaksa beli dengan mereka. Dia pula seolah-oleh seperti terpaksa jual pada kita. Siapa Pernah ada pengalaman Ini waktu membeli? Hangin je kan..?
Jadi jangan buat begitu pelanggan benci.
2. Hidden Cost (Kos Terselindung)
Bila mintak harga, seller maklumkan harga adalah RM80 bila minta no. account tiba-tiba harga jadi RM100. Dengan pelbagai alasan. Kos itu lah.. Kos ini lah.. Tak kisahlah berapa anda nak jual sebenanrya. Bagi tahu bakal pelanggan kita tadi terang-terang. Jangan cerita sikit-sikit. Cerita dengan konsep transparency.
Jika ada kos-kos lain bagi tahu. Tak nak beli tak mengapa. Lebih bagus dari menggunakan hidden cost strategy. Pelanggan benci! Anda bila jadi pelanggan suka tak bila terkena dengan hidden cost? tak suka juga kan… So kalau tak suka jangan buat semula pada orang lain.
Boleh?
Baca Lagi : Stategik Content 2019 Adalah Video Content
3. Tidak Menepati Janji..
Sebelum buat payment. Masa sesi mintak quotation semuanya boleh. Bila dah buat payment. Date asal perjanjian barang siap sepenuhnya pun drag sampai 2-3 bulan. Bila nak close deal semua boleh. Bila pelanggan dah buat bayaran banyak pulak itu ini.
Tak boleh maklumkan tak boleh. Kalau boleh terangkan apa yang boleh. Biar ulang asal pelanggan jelas dan tidak salah faham. Konsep bisnes era ini tidak apa yang nak disembunyikan.
4. Too Slow Bro..
Pelanggan dah sampai ke meja makan. Nak ambil order pun terhegeh-hegeh. Pelanggan dah order nak masak pun ambil masa berjam-jam. Dunia perniagaan hari nie anda slow anda akan cicir jauh ke belakang. Pelanggan nak cepatĀ akan lari pada pesaing anda yang mampu buat lebih pantas malah mungkin lebih baik lagi dari anda. Hargai masa pelanggan. Pelanggan akan setia dengana anda.
5. Tidak Bersistem
Pelanggan bank-in duit. Ambil masa berhari-hari nak confirm-kan. Customer order barang dan buat payment. Lepas beberapa hari pelanggan tanya semula berkenaan order yang dibuat. Alih-alih kata tak ada order masuk. Pelanggan yang bijak harga bukan lagi masalah utama. Mereka mahu dapatkan barangan atau service untuk selesaikan masalah yang sedap mereka dihadapi.
Tapi jika berurusan dengan bisnes anda melibatkan masalah dan pening kepala beliau menjadi 2 kali lipat berbanding sebelumnya maka pasti itu adalah kali pertama dan terakhir anda dapat pembayaran dari mereka. Selepas itu selamat tinggal bos..
Itulah 5 benda yang anda perlu elak untuk pelanggan benci untuk berurusan dengan anda.