3 Ciri Database Pelanggan Yang Bagus

database pelanggan

Ada mereka yang bagitahu kami ada 10,000 database pelanggan di seluruh Malaysia. Bila di tanya berapa ramai pelanggan dalam 10,000 database yang ada. Oh itu tak sure. Tapi no. telefon semua kami ada. (Senyum tanpa kata apa-apa.. )

Kuantiti yang besar belum menjamin database yang berkualiti. Untuk tahu kualiti perlu ada 3 ciri utama ini.

#1-DataBased Mesti Di Urus

Tanpa pengurusan database yang betul. Percayalah database hanya sampah. Ia perlu di urus dengan betul. Mana prospek, mana pelanggan, mana loyal pelanggan staff kita perlu tahu dan boleh diuruskan mengikut sistem yang telah kita tetapkan. Siapa pun yang masuk ke syarikat kita maka setiap orang juga perlu faham kod data pelanggan yang bakal di urus. Gagal urus dengan betul? Ibaratnya macam bilik tidur anda tidak di kemaskan hingga nak cari jam tak jumpa. Akhirnya jumpa bawah katil. Buang masa ke tidak?

Baca Lain : Teknik Pemasaran 2019 Yang Perlu Fokus

#2- DataBase Mesti Di Tapis (Filtering)

Ada database yang dah tak mahu lagi jadi pelanggan kita atas alasan mereka tersendiri. Ada prospek tidak lagi berminat dan telah warning banyak kali agar tidak diganggu oleh kita. Ada juga pelanggan biasa telah jadi repeat customer yang boleh di kategorikan sebagai loyal customer. Semua ini perlu di kemas kini dengan proses filtering database agar kita boleh lihat database yang sentiasa teratur dan di kemas kini. Database yang bagus di kemas kini setiap hari. Paling tidak seminggu sekali.

 

#-3 Database Mesti ‘Warm’ Mode

Database yang sejuk kaku adalah database yang tak berkualiti. Maksudnya kalau kita ada database tapi langsung tak pernah buat follow up pada mereka ini saya gelar database sejuk kaku. Fungsi utama database adalah agar kita atau team syarikat kita boleh sentiasa boleh buat engagement dengan mereka. Engagement yang yang kerap mampu mengingatkan pelanggan terhadap bisnes yang mahu kita tawarkan berbanding database yang jarang-jarang atau langsung tak pernah melalui proses yang kita gelar ‘follow up’

 

Ada belajar sesuatu mengenai database? KLIK LIKE & SHARE artikel ini pada rakan bisnes anda yang lain.

Facebook Comments

Leave a Reply