Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Struktur Semula Content Blog

April 27, 2015 0 Comments

Struktur Semula Content Blog

Saya sedang dalam proses mengstruktur semula content blog ini agar fokus kepada satu niche saja. Selepas ada sedikt masa untuk perhatikan semula content yang telah dibuat dalam blog ini saya kira konten dalam blog ini sudah carca marba. Proses struktur semula ini menyebabkan kita terjumpa tulisan-tulisan lama yang pernah dibuat. Tergelak bila lihat tulisan sendiri yang dulu-dulu 😀

Saya bukan dilahirkan dengan bakat penulisan. Saya tidak ada bakat langsung dalam penulisan. Tapi saya selalu percaya pada diri sendiri walau kita tidak ada bakat tapi Allah SWT kurniakan kita hati. Yang mana kita boleh didik agar hati kita berjiwa kental untuk terus belajar, belajar dan belajar. Saya juga kerap di landa Writer’s Block dima satu situasi idea seperti tersekat-sekat dan ada kala terus blank untuk menulis. tapi usaha untuk menulis dan berkongsi tidak pernah padam. Permulaan saya dalam penulisan dan berblogging bermula pada ..

Tahun 2008

Saya mula berblogging pada akhir tahun 2008. Walaupun tahun sebelum itu saya dah tahu apa itu blog tapi saya tak pernah terfikir nak mula. Apa yang aku nak tulis? Apa yang aku nak kongsi? Bagaimana nak mula ayat? Soalan inilah yang selalu bermain-main di kepala. Oh! Blur sungguh!

Tapi akhir tahun 2008 ini saya beranikan juga untuk bergerak. Saya langgar beberapa perkara dulu agar permulaan selangkah tapak maju kedepan itu dapat bermula. Ketika ini saya gunakan blogspot sebagai platform. Entah apa yang saya merapu entah apa yang saya merepek dalam penulisan itu pun saya tak tahu. Tapi sejak itu saya tidak pernah berhenti menulis walau ia mengarut walau ia karut. Kepercayaan saya kuat dengan satu istilah yang saya dapat dari T Harv Eker dalam bukunya bertajuk The Secrect pf Millionaire Minds. Kata-kata keramat itu adalah “Repetition is Mother Of Learning”

Tahun 2010

Register domain menggunakan platform berbayar. Pada tahun ini saya selangkah lebih maju dari tahun sebelumnya. Pada ketika ini saya minta bantuan seorang kawan belikan domain serta minta untuk uruskan hosting sekali. Ingat lagi waktu ini saya masih blur dan konfius apa itu domain dan apa itu hosting. Saya cuma cakap saya nak sebuah website macam blogger tapi bukan blogger. Tolong beli dan registerkan Ha Ha Ha

Tahun yang sama saya juga belajar bagaimana mencipta blog sendiri. Sebab bila tanya kawan-kawan terdekat semua tak tahu apa itu blog. Jadi saya cari di internet ebook dan saya pelajari satu persatu. Alhamdulillah sampai hari ini ilmu itu masih tersemat dan boleh diguna pakai. Tahun yang sama juga saya terjebak dengan Internet Marketing. Tahun inilah tahun paling ramai saya jumpa internet marketer Malaysia yang berprofile tinggi yang akhirnya hari ini menjadi rakan dan sahabat dalam dunia perniagaan.

Tahun 2011

Content yang saya serapkan mula berunsur tips perniagaan dan perniagaan internet. Blog ini sebagai bukti ekperimen internet marketing yang saya gunakan. Ada yag menghasilkan duit, ada yang tidak dan ada yang cukup lumayan. Content berunsur peribadi, content yang sekadar nak ada post setiap hari mula saya filter semula. Saya lebih fokus produk review, affiliate dan SEO.

Tahun 2012

Tidak banyak beza tahun 2011 cuma pada tahun ini saya lebih mendalami lagi dengan SEO & SEM Marketing. Lebih banyak mempelajari struktur untuk mempertingkatkan trafik ke blog. Lebih banyak pelajari keyword research dan istilah lain yang berkaitan. Dalam masa yang sama masih masukan apa-apa tips saja agar blog penuh dengan informasi kononnya.

Tahun 2013-2014

Blog terbiar lama. Hanya beberapa post saja dalam setahun. Blog mula berubah arah yang tidak menentu. Tahun kesedihan juga sebab perginya arwah abah saya. Banyak diam seketika dalam dunia blogging.

Tahun 2015

Tahun kebangkitan semula. Ya saya gelarkan tahun ini adalah tahun kebangkitan semula blog ini. Selepas dua tahun tidak di inject dengan info-info yang bagus dan berkualiti. Sejak 2 tahun yang lepas saya perhatikan lambakan blog  yang fokus info mengenai perniagaan & perniagaan internet. Jadi untuk mencipta lautan biru yang baru blog ini sedikit-sedikit akan keluar dari topik tersebut dan akan fokus lebih kepada dunia industri pelancongan(topik feveret). Untuk internet marketing saya akan letakan tempat yang lain agar memudahkan pembaca fokus dengan satu isu/topik saja.

oleh itu selepas ini ada content lama yang tidak berkaitan akan saya lupuskan. Welcome Tourism Industri!

 

 

 

credit imej : claes krantz

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: