Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Bila Idea Paling Bernas Datang?

November 22, 2012 0 Comments

Idea Terbaik

Petang tadi ada melepak dengan sorang kawan di Kopitiam. Sedang rancak bercerita tiba-tiba kami terdiam seketika. Saya mengambil kesempatan meneguk air cappuccino yang dah suam-suam kuku. Letak saja cawan tiba-tiba dia tanya.. Halif bila idea terbaik ko akan muncul selalunya? Soalan yang terus membuat otak saya terfikir semula.

Aah kan Bila pula idea terbaik itu muncul selalunya. Korang pernah terfikir tak? Soalan itu saya tak dapat jawab di depan dia dan terus di belengu hingga ke rumah. Fikir punya fikir akhirnya dapat juga jawapan tersebut.

Saya ada lima waktu yang akan membuatkan idea bernas dan terbaik dari ladang muncul dan mencurah-curah. Diataranya waktu itu adalah..

1#- Selepas solat (sama ada zohor atau asar)

Inilah waktu paling banyak idea yang bernas saya perolehi. Idea yang saya rasa kategori High Class.Tak tahu mengapa . Lebih lagi sewaktu hati tenang dan keadaan tidak tergesa-gesa. Pasti ada saja ilham baru datang. Thank you Allah!

2#-Sewaktu Bermain Game PS (especially game bola seperti PES/FIFA/)

Disinilah juga lubuk saya selalu mendapat idea yang bernas. Kadang-kadang tangan tekan-tekan tapi otak merewang entah kemana. Pastu muncul idea. Oh Im Lejen..Ohsem..

Idea Terbaik 2

3#-Sewaktu mandi pagi di dalam bilik air

Idea lebih datang mencurah jika tidur yang cukup. Curahnya idea waktu ini adalah seperti membuka pili kepala paip. Oh Sabun di Bilik Mandi sabunnn…

4#Sewaktu buat design di Photoshop

Yang ini pelik sikit. Buat kerja design tapi idea lain yang muncul mencurah. Saya akan gunakan cara ini sewaktu ketandusan idea. Kadang-kadang saja dok buka photoshop pastu buat jer apa-apa design yang tiada kena mengena pun. Lepas tuh taaaadaaa… Idea coming…

5# Sewaktu balik rumah di Malam hari di dalam kereta

Bila pergi main futsal sampai tengah malam  atau melepak dengan kawan-kawan sampai tengah malam. Ontheway nak balik rumah waktu dalam kereta pasti ada saja idea yang best datang. Waktu ini fikiran akan melangok entah kemana-mana. Pastu idea akan datang satu per satu..Layan beb!

Bila fikir-fikir semula waktu idea saya datang adalah sewaktu otak di tengah-tengah sama ada sedar dan tidak . Saya pula tak boleh cari idea dalam keadaan memaksa dan boleh jadi hang kalau di paksa. Ha Ha ha. Mungkin ada kawan-kawan nak cari idea tapi belum jumpa cara. Apa kata cuba cara saya yang secara tak langsung ini. Buat sekali tak jadi mungkin boleh buat dua tiga kali.. Siapa tau bukan susah pun… Selamat mencuba 😉

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: