Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Berapa Jam Kita Perlu Tidur Sehari

January 13, 2013 0 Comments

Berapa Jam Kita Perlu Tidur Sehari 02

Terdetik hati kecil untuk buat artikel ini oleh kerana melihat jam yang sudah jam 1.57 pagi. Kusyuk buat kerja-kerja yang yang tergendala beberapa hari kerana anak kecil saya  masuk wad sebab kesesakan nafas (lelah). Walaubagaimanapun Alhamdulillah si kecil itu telah selamat keluar dan kembali aktif bermain.

Berapa Jam Kita Perlu Tidur Sehari?

Kembali kepada persoalan tadi berapa jam kita perlu tidur dalam sehari. Dalam sebuah buah blog HelpGuide.org mengatakan tidur yang diperlukan oleh seorang bergantung kepada faktor usia. Dibawah adalah jadual yang menunjukan secara purata berapa jam yang diperlukan oleh seseorang untuk tidur dengan secukupnya.

Jam Secara Purata Untuk Tidur
Umur  Jam
Baby (0 hingga 02 bulan) 12-18
Baby (03 bulana 1 tahun) 14-15
Kanak-Kanak (1-3 tahun) 12-14
Kanak-kanak Pra Sekolah (3-5 tahun) 11-13
Kanak-Kanak Sekolah (5-12 tahun) 10-11
Pra Remaja & Remaja ( 12-18 tahun) 8.5-10
Dewasa 18 dan keatas 7.5-9

Pentingnya waktu tidur memainkan peranan besar seharian kita. Kekurangan tidur akan penyebabkan kepala pening,emosi turun naik,mood tidak menentu,jerawat naik, mata berkesan, kulit kusam dan pelbagai sistom lain.

Berapa Jam Kita Perlu Tidur Sehari

Ada juga ustazah sewaktu di universiti memberi tips untuk tidur yang nyenyak. Kata beliau jika mahu tidur yang nyenyak perlulah tidur dalam keadaan ber wuduk serta tidur di hari yang berlainan (sebelum jam 12.00 am kerana selepas 12.00 adalah hari yang sama dengan waktu yang kita tidur)

Oklah itu saja yang larat dikongsi.. Jom tidur.. Assalamualaikum… Selamat Malam 🙂

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: