Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

“To do List” ibarat peta serangan dalam peperangan

October 27, 2010 0 Comments

 

Kali ini saya nak memberi sedikit tips mengenai To do list ini.Tanpa membuang masa bercoleteh dan mengarut-ngarut.Jadi kali ini saya ingin berkongsikan sedikit tips mengenai peri pentingnya membuat to do list .Jika anda ingin menjadi lebih efektif dalam seharian maka to do list amatlah penting dalam melakasanakan setiap tugasan kita.Selain tugasan tidak tertinggal anda akan lebih pantas dan setiap kerja yang dilakukan adalah mengikut perancangan.Ramai usahawan yang mengangap membuat to do list adalah perkara yang amat temeh tapi jika anda serius dalam membuat to do list dan istiqomahkan setiap hari maka anda boleh menjimatkan masa sekurang-kurangnya 1 hingga 2 jam waktu bekerja.Dan apa yang lebih penting setiap kerja anda dapat dilaksanakan dengan pantas dan cepat.Ini kerana satu kerja yang tidak mempunyai perancangan mengambil masa yang lebih dan lebih teruk lagi masa itu dihabiskan dengan melakukan pekerjaan lain yang kurang memberi faedah dalam meningkatkan kualiti kerja.

Time is life. To waste your time is to waste your life.
~ Merrill Douglass

 

Teknik menyediakan to do list yang betul adalah :-

  1. Sediakan 1 Nota kosong dan pen.
  2. Peruntukan masa yang diperlukan sehingga 30-45 minit.
  3. Fikirkan apa perkara yang hendak dilakukan esok.
  4. Terus tulis apa yang terlintas.
  5. Susun kembali mengikut kepentingan.Semestinya yang paling penting adalah yang utama.

Don’t wait. The time will never be just right.
Napoleon Hill

Pada masa kini banyak cara untuk kita membuat to do list yang mana jika dulu kita akan hanya tulis dibuku.Jika sukar membawa buku kemana-mana kita juga boleh membuat to do list di dalam hanphone,laptop atau sebarang gadjet yang akan kita bawa bersama-sama di mana-mana jua.

Waktu yang paling efektif dalam membuat satu “to do list ini” adalah sewaktu bila mana setengah jam apabila kita hendak masuk kandang tidur.Ini kerana subconsious mind akan membantu kita dalam memprogramkan kerja yang hendak dilakukan pada esok hari sewaktu kita sedang tidur.Tak percaya..try lah dulu..Ooo yeahh!

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: