Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Perniagaan Internet dan anda..

July 29, 2011 0 Comments

Jika anda baru hendak manjalankan perniagaan internet maka anda perlu tahu niche apakah yang anda hendak focuskan. Sebenarnya ramai yang salah faham mengenai perniagaan internet kerana rata-rata mengangap perniagaan internet adalah fast money dan kategori orang yang berfikiran paling kolot sekali adalah get easy money daripada internet.

Sacara asasnya perniagaan internet adalah sama dengan perniagaan offline atau dunia realiti cuma perniagaan internet mengunakan medium internet sebagai tempat mempromosikan produk mahupun perkhidmatan yang ditawarkan.

Sayangnya mereka yang yang baru hendak menjalankan perniagaan internet takut akan mengeluarkan modal pertama untuk membangunkan website atau blog berjenama(domain) sendiri. Kerana berangapan akan melakukan pembaziran. Jika perniagaan offline memerlukan kedai/premis/tapak untuk menjual maka begitu jugalah perniagaan internet.

Orang sanggup melaburkan duit sehingga RM1000 ringgit untuk membeli barangan membuat buger seperti stall,gas,alatan memasak dan lain-lain peralatan untuk menjual buger tetapi untuk mengeluarkan pelaburan sebanyak RM1000 adalah terlalu banyak bagi seorang newbie. Sebenarnya tiada satu jenis perniagaan yang tidak mempunyai modal cuma yang membezakan adalah sedikit atau banyak pelaburan atau modal itu dikeluarkan.

Nasihat saya bagi seorang newbie teruslah menambah ilmu mengenai perniagaan internet dengan menyertai seminar,membeli buku yang berkaitan,ebook dan perlu rajin mencari info yang berguna. Satu lagi tips berguna untuk seorang yang baru saja mencemburkan diri dalam industri perniagaan internet ialah terus lakukan atau praktikan ilmu baru yang anda perolehi.Percayalah anda akan mahir juga satu hari nanti. Tiada yang mustahil. Selamat Maju Jaya

P/s:Jangan Lupe meninggalkan jejak anda di bahagian comment

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: