Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Tiada Istilah Terlambat Untuk Berjaya

July 29, 2011 0 Comments

 

 

Baru-baru ini saya menghadiri satu komuniti terbesar untuk mereka yang mencari pendapatan melalui Internet. Iaitu komuniti forum wang cyber yang mana pihak admin wang cyber iaitu saudara Shuth sendiri yang mengetuai dan menjayakan gathering untuk kali ke-2 selama komuniti itu ditubuhkan.

Kebanyakan dari peserta yang hadir adalah bukan calang-calang  orang yang mana kebanyakan mereka yang telah memperolehi ribuan atau ratusan ringgit di Internet. Begitu juga bagi mereka yang belum pernah menghasilkan sebarang pendapatan walaupun seringgit dari internet juga  menghadirkan diri untuk mendapatkan ilmu seberapa banyak yang boleh dari mereka yang lebih berpengalaman. Walaupun saya sudah 6 tahun(sewaktu blog ini ditulis) dalam dunia perniagaan tetapi saya juga adalah orang baru dalam Industri Pemasaran Internet atau boleh juga dipanggil Internet Entreprenuer yang mana baru saja tidak sampai setahun.

Jika hendak dibandingkan dengan mereka yang sudah terlebih dahulu berjaya sedangkan saya baru mula hendak merangkak dalam industri ini sudah pasti ramai orang yang tergelak-gelak. Tetapi saya beranngapan tiada Istilah terlambat untuk kita unggkapkan yang mana ungkapan itu sendiri adalah pembunuh terbesar cita-cita seseorang mencapai impian dan kejayaan. Masa itu bukan penentu seseorang untuk berjaya tetapi ia bergantung kepada usaha yang konsisten untuk mencapai kejayaan tersebut.

Oh! ya ramai yang bertanya mengapa saya sibuk-sibuk untuk masuk ke dunia Internet Entrepreneur ini. Jawapan mudah ia kerana minat dan kita nampak apa yang orang lain tidak nampak. Sekian itu saja untuk kali ini.Fikir-fikirkan dan semalat beramal.

 

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: