Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Teknik Pemasaran Facebook

August 16, 2011 1 Comment

Ok kali ini saya hendak masuk strategik teknik pemasaran social media pula. Teknik pemasaran social mempunyai banyak cara tetapi untuk kali ini saya hanya mahu kongsikan mengenai  fenomena social media yang pernah melanda dan masih hangat lagi di Malaysia. Fenomena ini menyebabkan lagi bilangan pengguna internet malaysia terus bertambah,pengguna smart telephone semakin hari demi hari. Tidak lain dan tidak bukan sudah semestinya Laman Social Facebook.

Hari ini jika anda tidak mencipta website sekali pun anda tetap boleh menjual di internet. Oh! wife saya adalah orang paling gemar menggunakan startegik ini. Di hari raya saja dia menggunakan facebook sebagai tempat mencari duit suka-suka(dia gelar saja-saja nak menjual). Anda nak tahu berapa pendapatan suka-suka dia menjual melalui facebook? Tidak sampai 2 minggu pendapat beliau boleh mencecah RM1000. Itu sekadar suka-suka ya.

Walaupun teknik ini nampak mudah tetapi anda tidak boleh membuta tuli membuat promosi. Sekiranya anda tidak suka didatangi penjual  sewaktu dimeja makan di restorant begitu juga di dalam facebook. Bukan semua orang suka akan penjual-penjual yang tidak di undang. Jadi teknik-teknik khusus perlu digunakan agar anda menghormati orang lain.

3 teknik utama adalah seperti dibawah :-

  1. Gunakan teknik soft selling dan bukannya hard selling.
  2. Letakan Image dan Description yang menarik pelanggan.
  3. Tag image kepada mereka yang anda kenali sahaja.

Jika anda mengamalkan 3 teknik utama ini keberangkalian untuk anda di unfriend,di block mahupun di remove adalah sangat-sangat rendah. Semangat mempromosi produk sendiri sudah semestinya perlu ada tetapi biarlah cara-cara tersebut beritika agar dapat menjaga hati semua pihak dan secara lansung mereka juga boleh membantu mempromosikan produk anda tersebut. Orang happy anda juga Happy 🙂

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. nurul shafika harun says:

    Assalamualaikum,Nama saya nurul shafika harun.Saya ada mengalami sedikit masalah.Sekarang ini saya tengah praktikal disuatu travel agent di johor bahru.Masalahnya saya ialah boss meminta saya mengemukankan Marketing Plan tetapi saya tak dapat nak buat.Kalau dapat boleh tak en halif saat tolong saya?

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: