Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

#3 perubahan besar yang mengubah cara pemikiran manusia

September 26, 2010 0 Comments

teknik berfikir

Salam Ceria pembaca blog ini,Titiba pagi sabtu yang hening ini saya terfikir sesuatu post yang agak menarik untuk di kongsikan bersama.Semalam saya berborak dengan seorang kawan yang telah lama saya tidak jumpa.Pelbagai topik yang kami borakan.Dari sudut kehidupan,perniagaan, serta perancangan pada masa depan.Kawan saya mengatakan cara saya berfikir dari waktu dia mengenali saya dulu. dan amat berubah dari sekarang.Bagi yang tidak mengenali diri saya seketika dulu saya adalah kaki pukul lepak dan pemalas tahap gaban.Saya malas dan amat tidak bermotivasi.Malah seorang yang sentiasa berfikiran negatif.Belum lakukan apa-apa sudah mengatakan tidak boleh.Apa yang saya mahukan saya akan amik jalan sehala paling pintas.Jadi kawan saya agak pelik dengan perubahan dan ia mahu tahu bagaimana saya boleh mengubah cara pemikiran saya yang dulu yang mana secara langsung mengubah cara saya bertindak.Oh! saya tetap sama macho(macho ker!) seperti dulu cuma cara fikiran dan pandangan atau kata bahasa yang lebih tepat ideologi saya saja yang berubah yer.Saya tidak mengatakan hari ini saya sudah hebat cuma saya percaya kita perlu lakukan perkara yang mana hari ini adalah lebih baik dari semalam.

Every great man has become great,every succesful man has succeeded,in proportion as he has confined his powers to one particular channel.-Orison Swett Marden

Saya tidak menjawab kata-kata kawan saya itu.Saya sendiri tidak pasti mengapa.Tetapi memang saya yang mahukan perubahan besar terhadap diri ini.Balik dari berborak itu sehingga hendak tidur saya terus memikirkan.Jadi pagi ini saya mendapat jawapan yang mungkin tepat.Terpulang kepada anda untuk menerima atau tidak.Ini adalah pendapat dan pandangan saya.

Jadi saya rasa pemikiran atau ideologi manusia akan berubah dengan 2  cara yang lebih tepat tapi saya tambahkan 1 bonus lagi yang mungkin boleh digunaka pakai.

#1-Orang yang kita jumpa.

Bagi saya perubahan idealogi manusia boleh berubah bila mana anda berjumpa dengan orang lain.Lebih ramai yang anda kenali atau orang dan berborak(sharing) lebih cepat perubahan berlaku.Jika anda mahukan perubahan idealogi yang hebat maka bertemulah orang-orang yang hebat di kaca mata anda.

Kenapa berjumpa orang?

Biar saya huraikan.begini bila mana anda berjumpa seseorang.Oh! maksud berjumpa disini bukan setakat memberi salam atau bersua muka.tetapi anda berborak atau bahasa sainstifiknya anda berkongsi(sharing ) pengalaman dengan beliau.Setiap orang mempunyai pengalaman,ilmu,pendapat,pandangan yang berlainan.Mungkin apa yang anda tidak tahu sebelum ini,mungkin seseorang yang anda jumpa itu lebih pakar dalam hal itu.Jika mungkin anda kurang pengalaman mungkin orang yang anda jumpa itu lebih berpengalaman.Panjang Pendek kata anda belajar dari pegalaman orang yang anda jumpa itu.Saya menyarankan anda berjumpa dengan insan-insan yang hebat dan yang telah berjaya diluar sana.Elakan berjumpa orang yang berfikiran negatif.Secara physiology Orang yang berfikiran negatif lebih 10 kali ganda mempengaruhi minda seseorang.

#2-Buku/info yang anda baca.

Jika anda tidak bertemu dengan orang atau beliau-beliau yang hebat maka buku adalah pegantinya.Buku hampir sama dalam mempengaruhi atau mengubah idealogi seseorang.Lebih banyak buku-buku yang anda baca maka lebih mudah idealogi anda berubah.Dan itulah yang disaran ayat pertama bila mana diturunkan Al-quran.-Bacalah!

teknik berfikir

Orang sebenar mahu tahu betapa anda mengambil berat pada mereka,bukannya apa yang anda tahu-John C. Maxwell

Kenapa buku?

Kadang-kadang agak sukar untuk berjumpa insan yang hebat.Ia tidak mustahil tetapi ia cuma agak sukar.Cuba anda fikirkan Adakah mudah untuk anda berjumpa Brian Tracy,T.Robert Kiyosaki,Donald Trump,Irfan Khairi,Billy Lim,Chef Li,Adam Khoo  atau mana-mana Jutawan atau pun mereka yang yang hebat yang sudah popular.Sukar bukan?Mereka juga tahu bahawa mungkin mereka juga tidak dapat berjumpa dengan anda jadi mereka telah tuliskan segala pengalam atau idealogi mereka di dalam buku-buku atau e-book yang mereka hasilkan.Ia ibarat sama seperti anda berjumpa dengan beliau cuma anda tidak dapat bertanya secara terus kepada mereka.Walaubagaimanapun mungkin anda boleh berhubung melalui mereka melalui email yang kadang-kadang diberi di dalam buku-buku yang mereka jual.

#3- Pengalaman yang ditempuhi

Ketiga adalah pengalaman yang kita tempuh. Seseorang akan berubah sama ada berfikir kepada positif atau lebih negatif oleh sebab sebuah pengalaman yang ditempuh. Pengalaman yang pahit akan menajadikan seseorang lebih matang atau lebih teruk dari sebelumnya.

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: