Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Taksubkan Kesempurnuaan

July 26, 2010 0 Comments

Satu pepatah lama yang berbunyi “kerana  taassub mengejar kesempurnaan,satu kerja pun tidak menjadi”.Perkara seperti ini selalu terjadi pada orang yang baru hendak bermula berniaga dan ia juga terjadi kepada saya ketika dulu.Memang betul kita hendak yang terbaik dan sempurna dengan kerja yang kita lakukakan.Bila kita mengejarkan kesempurnaan dalam melakukan sesuatu kita akan memberi alasan pada diri sendiri agar tidak melakukan perkara itu dan ini akan menyebabkankan kita berlengah-lengah dan lama kelamaan perkara itu langsung tidaka akan menjadi.

Perunding pengurusan terkenal mengatakan “penggunaan masa yang paling dungu adalah melakukan perkara yang tidak perlu dengan sempurna”.Untuk mengelakan perkara ini berlaku maka kita perlu memulakan dan terus lakukan  suatu perkara itu.Jika perkara itu baru maka mulakan sedikit demi sedikit.Belajar dari orang yang mahir,praktis,perbaiki dan terus berusaha menambah ilmu.Semakin kerap dan banyak masa yang diluangkan bagi melakukan perkara itu maka semakin mahir dan pakar kita dengan perkara baru tadi.Ibarat menanam pokok.Untuk mendapatkan hasil buah kita tidak boleh mendapatkannya esok tetapi perlu mengambil sedikit masa. 🙂

 

 

“penggunaan masa yang paling dungu

adalah melakukan perkara yang

tidak perlu dengan sempurna”

 

 

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: