Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Review-Mudahnya Mejemput Rezeki

March 9, 2013 0 Comments

buku mudahnya menjemput rezeki

Akhirnya dapat juga beli buku “Mudahnya Menjemput Rezeki” yang ditulis Tuan Fathuri Salehuddin. Kerap kali saya cari buku ini di MPH berdekatan pasti akan kehabisan stock.  Seperti biasa setiap kali saya mengembara ke luar negara pasti akan saya dapatkan apa- apa buku untuk dijadikan bahan bacaan sewaktu perjalanan. Oleh sebab saya hendak ke Surabaya Indonesia dengan tergesa-gesa tempoh hari maka maka tiada masa untuk cari buku ini di tempat lain. Jadi saya beli buku ini di mphonline.com .

Rupa-rupanya inilah buku yang saya cari selama ini. Walaupun emak & abah saya ada menyuruh  beberapa perkara yang di syorkan agar kita dapat menjemput rezeki namun akhirnya “mengapa perlu lakukan” telah saya dapat menumui jawapannya di dalam buku ini. Selama ini saya terfikir adakah hanya saya yang mengalami masalah apa yang terbuku di hati mengenai rezeki. Buku ini mengesahkan bagaimana kita boleh menjemput rezeki yang mana selalunya kita katakan mencari rezeki. Dua perkataan yang sangat besar bezanya yang telah diungkap oleh penulis. Apa yang cuba disampaikan oleh penulis seperti saya sendiri pernah merasakan.

Jika anda selalu bermasalah mengenai isu mencari rezeki maka saya sarankan agar anda mendapatkan buku ini serendah RM 18.00 senaskah. Saya yakin ia adalah pelaburan yang amat berbaloi. Dibawah sedikit ringkasan dari penulisnya sendiri. Semoga ia bermanfaat.

 

 

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: