Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Populariti Seseorang Adalah Bonus Yang Nyata!

February 27, 2013 2 Comments

Populariti hanya bonus

Kita sudah hampir masuk suku tahun untuk 2013, semoga perjalanan misi anda pada tahun ini berjalan dengan lancar. Terdetik saya untuk menulis artikel ini bila mana seorang kawan yang baru saja masuk dalam industri Internet Marketer mengeluarkan statement sedemikian “alah bolehlah dia jual apa-apa saja sekalipun sebab dia dah popular” ayat yang dikeluarkan kerap kali saya dengar dan ini adalah bukan kali pertama dan ayat yang lain adalah seperti ini ” Dia campak apa product saja pasti laris sebab dia dah popular” dan juga ayat seperti ini ” Kalau aku pun popular macam dia pasti aku boleh jual lebih banyak produk”

populariti hanya bonus 2 (2)

Sekarang saya mahu kita sama-sama fikirkan kembali adakah populariti seseorang itu adalah sangat penting dalam menjual sebuah produk. Jika ya adakah populariti seseorang itu terus meletop di pasaran tanpa melalui proses pemasaran yang betul? Tidak bukan? Ia harus melalui proses pemasaran yang betul terdahulu baru populariti seseorang itu meningkat.

Orang kata lebih popular lebih Banyak duit?

Dulu saya juga berfikiran seperti itu tetapi hari demi hari diberi kesempatan berjumpa dan berkenalan dengan mereka yang buat duit secara senyap tanpa dikenali ramai, menyebabkan saya percaya populariti seseorang hanyalah bonus yang nyata. Kepercayaan ini semakin lenyap bila mana saya sendiri telah berjaya menghasilkan jualan 1 juta pertama di Internet tanpa dikenali ramai. Saya pasti bukan semua orang selesa menjadi popular dan saya juga tidak menolak yang populariti itu juga penting dalam sebuah perniagaan.

Sebenarnya masih banyak cara bagaimana anda boleh menjual tanpa anda dikenali sekiranya anda mahu. Golongan seperti ini di gelar silent millionaire. Mereka tidak perlu kecoh dalam buat duit, tidak perlu tayang atau paparkan kepada umum atau print screen bank statement bulanan mereka atau berapa banyak yang telah diperolehi, mereka juga tidak perlu nampak gah diluar.Malah prisip mereka juga amat mudah iaitu buat duit tanpa perlu menggangu sesiapa dan di ganggu oleh sesiapa.

Mereka adalah katak dibawah Tempurung!

Ada juga rakan-rakan mengatakan golongan silent millionaire adalah katak dibawah tempurung. Takut untuk keluar berhadapan umum. Sebenarnya bila saya sudah berkawan dengan mereka sama sekali tidak seperti yang digambarkan. Mereka sama seperti usahawan lain membuat networking, tidak sombong malah ada yang lebih mesra dari mereka yang mementingkan populariti dan standard. Mereka tidak gemar dengan gangguan umum dan mahu kebebasan yang nyata tanpa ada gangguan walau dimana-mana jua mereka berada.Ada yang berpendapat gangguan luar hanya akan mengganggu fokus mereka dalam menjalankan perniagaan. Walaupun tidak popular namun product yang dihasilkan jauh nun lebih hebat dari mereka yang popluar dan pendapatan adalah jauh lebih berganda dari mereka yang popular namun mereka tetap dengan pendirian down to earth. 

Oleh yang demikian saya masih berpendapat jika anda tidak sukakan populariti anda masih boleh menjual tanpa rasa segan silu dan itu adalah bukan alasan yang anda tidak berjaya menjual kerana ternyata populariti itu adalah bonus yang nyata 🙂

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. amran says:

    APA yang diperlukan until menjual barang diinternet?

    • Halif Saat says:

      Salam Mesra Tuan Amran,

      Apa yang diperlukan untuk menjual barang di Internet terlalu meluas untuk saya jawab. Namun secara asas tuan hanya perlu laptop,internet dan sedikit ilmu seni memasarkan produk di Internet 🙂

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: