Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Pemasaran Ramadhan Planta

August 6, 2011 0 Comments

Sudah lima hari nampaknya kita berpuasa tapi baru semalam saya berkesempatan untuk pergi ke Bazar Ramadhan. Selain mencari juadah berbuka puasa kesempatan yang ada suka saya gunakan untuk melihat bagaimana pemasaran terkini yang berlaku disekeliling lagi-lagi diwaktu yang berlainan ia ini bulan yang mulia ini.

Mungkin kebanyakan orang lebih suka datang dengan hanya membeli juadah dan mungkin ada yang berkesempatan mencuci mata melihat awek-awek seksi kuih-muih yang pelbagai. Tapi saya yakin tidak ramai yang lihat akan perkembangan dari segi pemasaran terkini. Tetapi suka saya rungkaikan agar kita sama-sama boleh pelajari teknik pemasran tersebut.

Mula-mula saya tidak perasan dan hanya memberikan tumpuan akan juadah tapi bila dilihat disekeliling baru saya perasan ramai peniaga-peniaga di Bazar ini memakai apron berwarna kuning. Dari jauh sudah kelihatan logo yang terdapat di depan apron tersebut iaitu logo yang tidak asing lagi PLANTA MAJERIN. Selain apron Planta Majerin juga memberikan tempat peletak harga yang mempunyai logo mereka.

Apa yang kita dapat lihat pada bulan Ramadhan adalah salah satu peak time bagi Syarikat pengeluar Planta Majerin yang mana mereka akan banyak membuat pemasaran untuk meningkat jualan agar tidak membeli dari pesaing mereka. Teknik ini juga adalah untuk refreshing pelanggan serta memperkukuhkan lagi jenama mereka di pasaran. Jika anda mahu menggunakan teknik ini pastikan anda menggunakan pada medium yang betul. Walaupun barangan free yang diberi oleh Planta Majerin seperti apron dan tanda harga ini tetapi ia diberi kepada mereka yang menjual kuih dan makanan yang memerlukan majerin sebagai asas pembuatannya sahaja.

Sekiranya anda mempunyai baget lebih dan hendak mempraktikan teknik yang sama pastikan anda tahu siapa target market yang anda hendak anda sasarkan agar pelaburan yang dibuat mendapat impak maksima! 🙂

Apa Teknik Pemasaran anda pada Bulan Ramadhan ini?

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: