Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Nadi Sebuah Perniaagaan

March 8, 2013 0 Comments

Dimana Nadi Sebuah Perniagaan

Hari ini kesilapan dalam dunia perniagaan tidak banyak disedari para usahawan itu sendiri. Sewaktu di awal pembabitan hendak memulakan perniagaan. Si peniaga sibuk menghabiskan masa yang tidak pada tempatnya. Sebagai contoh sibuk mencantikan pejabat sewaktu modal adalah sangat terhad, sibuk menghasilkan produk terbaik, sibuk dalam menghasilkan packaging yang sangat bagus dan banyak lagi perkara-perkara pembaziran yang tidak sepatutnya. Namun nadi perniagaan itu sendiri tidak di fokuskan sama sekali.

Jadi , Dimanakah Nadi sebuah perniagaan?

Nadi sebuah perniagaan adalah terletak pada jualan. Jika jualan tidak bergerak maka setiap pengurusan juga akan terhenti sama sekali. Baik bahagian pengurusan,bahagian akaun, bahagian operasi dan pelbagai bahagian lagi akan terhenti. Apa yang hendak dibuat sekira tidak ada wang aliran masuk untuk seorang akaun, apa yang hendak di pos jika tidak ada order, apa yang hendak di uruskan jika tidak ada  maklumat pelanggan. Jika sebuah organisasi itu tidak bergantung kepada jualan maka ia adalah agensi badan berkanun atau agensi kerajaan itu sendiri yang memperolehi sumber pendapatan dari hak kerajaan. Selain dari itu nadi sebuah perniagaan adalah terletak pada jualan.

Dimana Nadi Sebuah Perniagaan 2

Oleh demikian kita haruslah fokus kepada nadi ini dahulu sebelum fokus dibahagian lain, biar pejabat tidak cantik, biar tiada kenderaan khas untuk menghantar barang gunakan apa saja senjata dahulu asal kita terus boleh mengumpul modal dan terus meningkatkan jualan perniagaan kita. Bila mana nadi bergerak secara tidak langsung semua bahagian akan berfungsi dengan baik =)

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: