Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Kesan PRU13 Kepada Peniagaan

April 13, 2013 0 Comments

Kesan PRU13 Kepada Peniagaan

Korang pasti terasa sekali Bahang PRU13 yang semakin hangat diperkatakan oleh semua rakyat Malaysia, semakin hari semakin berbahang . Perbubaran parlimen  pada 03 april yang lepas yang dibuat oleh Perdana Menteri  menyebabkan Bahang PRU13 terus hangat di rasai. Blog yang bermain dengan isu politik terus menerus mendapat lambakan trafik. Hampir setiap hari muka depan surat khabar ber- isu kan politik. Tapi tahukah kita siapa paling terkesan dan menerima akibat dengan PRU13 kali ini yang seakan membiarkan permainan teka teki yang saja tidak mahu diberikan jawapan sebenar?

Kesan PRU13 Kepada Peniagaan2

Ya, sudah pasti yang paling terkesan   dalam PRU13 ini adalah kita yang sebagai usahawan. Mengapa? dibawah saya kongsikan tiga fasa kesengsaraan usawahan yang perlu ditanggung oleh ramai usahawan.

Fasa #1- Menanti Perbubaran Parlimen

Selagi parlimen tidak di bubar sekagi itu ramai orang tidak boleh buat banyak keputusan. Oleh kerana ini adalah kali pertama berlaku dalam sejarah Malaysia akan kelewatan perbubuaran parlimen maka agak sukar untuk kita menjangkakan bila pilihan raya sebenar akan dibuat. Kita sebagai rakyat Malaysia sudah pasti  ingin menjalankan kewajipan kita  untuk memilih pemimpin pilihan kita. Maka pada masa ini banyak pelanggan dalam indutri tidak dapat merancang apa yang sepatutnya. Sebagai contoh dalam indutri perkahwinan pelanggan sendiri tidak yakin meletakan tarikh sebenar hari majlis pelangsungan mereka. Mereka sendiri khuatir sekiranya tarikh yang dipilih terkena dengan pilihan raya. Maka ramai pelanggan mengambil alternatif untuk tidak membuat keputusan segera dan proses ini seperti 50-50 dan ia menyukarkan proses closing oleh pihak peniaga.

Contoh lain dalam industri yang lain pula adalah industri pelancongan. Ramai pelanggan membatalkan trip mereka jika ada mendengar ura-ura pilihan raya akan dibuat walaupun ia hanya sekadar khabar angin dan tidak dapat memberikan kata putus kerana kuatir dengan permainan teka teki PRU13 ini. Permainan PRU13 menyebabkan perniagaan bergerak yang sepatutnya bergerak normal tapi sebaliknya. Situasi ini telah banyak melumpuhkan peniagaan yang berskala besar dan mungkin tidak terasa bagi mereka yang hanya menjual nasi lemak di tepi jalan.

Fasa #02- Menanti Tarikh PRU13

Ada yang tekad untuk terus melakukan aktiviti mereka. Saya yakin pasti ramai yang terkejut akan perbubaran parlimen yang dilakukan pada 03 April yang lepas. Sekarang orang ramai lebih berhati-hati menunggu tarikh percalonan dan tarikh mengundi sebenar. Proses menunggu ini sama saja dengan proses fasa pertama tadi iaitu pelanggan masih tidak boleh memberi jawapan sebenar. Bagi yang telah buat keputusan pula hanya bertawakal agar tarikh yang mereka pilih tidak terkena dengan tarikh mengundi.

Fasa #3- Selepas PRU13

Ok ini hanya pandangan dari mata kasar saya sahaja. Jika ditakdirkan kerajaan Malaysia beralih tangan maka proses ini sekurang-kurangnya mengambil masa kembali untuk menyusun atur pelbagai sistem ekonomi di Malaysia. Belum masuk lagi jika ada rusuhan atau apa-apa.  Jika pihak Kerajaan lama pula masih memimpin maka lain pula ceritanya. Mungkin harga bahan api akan naik pula seperti mana tahun-tahun sebelumnya. Jika bahan api naik bermakna kos harian akan naik sama. Di fasa 3 ini ada banyak kemungkinan dan kebarangkalian untuk satu-satu industri melibatkan perniagaan akan terjejas teruk.

Jadi apa juga kemungkinan yang berlaku pada musim pilihan raya ini diharap negara kita ,asih aman dan damai. Kita sebagai usahawan perlu lebih bijak lagi agar perniagaan kita terus bertahan dalam situasi sebegini.

P/S: Ia hanya dari pemerhatian dan dari pandangan saja saja. Mungkin lain industri lain impaknya dalam hal ini. Korang punya peniagaan macam mana? Apa kata tinggalkan comment beri pandangan 😉

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: