Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Bagaimana mencipta idea kreatif?

January 29, 2011 0 Comments

Salam Ceria dan Salam Bahgia..

Sedang saya mencari-cari idea terbaru untuk perniagaan,saya memaksa otak untuk berfikir.Semakin lama saya fikir semakin ntah apa-apa idea yang keluar dan semakin mengarut-ngarut.Saya bercakap di dalam hati “arghh tak sukanya keadaan seperti ini” saya tutup buku dan terus buka FB.saya mula rasa tenang dan lebih relax sambil membaca lawak-lawak kawan FB.

Jadilah seperti kanak-kanak,Mereka tidak pernah memerah otak untuk mencipta idea yang kretif

mereka hanya suka dengan apa yang mereka lakukan…-unknown

Bila keadaan menjadi lebih relax dan tenang idea yang saya perlukan datang satu persatu tanpa saya perlu memerah otak memikirkannya.Apa yang lebih menarik idea yang datang semakin kreatif dan saya menyukai idea-idea tersebut.Walaupun kita dah tahu kadang-kadang kita akan terlupa akan perkara ini.Sebenarnya banyak cara menggalakan otak kita mencipta idea yang kreatif tanpa memening kepala dan tekanan.Kita hanya perlu lebih relax dan tenang idea akan datang.

Sebanarnya tiada cara yang specific bagaimana untuk generate idea yang kretif.Ia bergantung kepada individu itu sendiri.Ada orang sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk ke suatu tempat untuk mencari idea,ada pula yang hanya perlu menghabiskan masa di meja office ada pula yang perlu pergi ke libarary atau melayari internet untuk mendapatkan Idea.Tetapi mengikut pengalaman saya sendiri idea akan datang bila mana sewaktu kita tidak bersedia.Sebagai contoh sewaktu anda sedang memandu,menunggang basikal berborak bersama kawan,sedang bersukan atau sedang melakukan apa-apa aktiviti lain.Jadi sekiranya anda tidak mahu kehilangan idea tersebut sentiasalah membawa duit buku nota dan pen bersama.Cuba hentikan seketika aktiviti anda tersebut dan tuliskan idea itu agar ia boleh di teliti kemudian nanti.

Tiada kegagalan melainkan selepas kita berhenti mencuba.Tiada kekalahan melainkan yang hanya datang dari dalam diri kita.Tiada halangan yang tidak dapat diatasi melainkan apabila kita tidak mempunyai cita-cita yang membara-Elbert Hubbard

Jika mengikut cara saya sebenarnya saya lebih suka mencari idea dengan melepak di restorant yang lebih relax seperti di Old Town White Coffe,Starbuck atau Coffe Bean atau kedai Anner Mamak yang tidak terlalu ramai orang.Oh! saya tidak akan pergi ke mamak sewaktu ada perlawanan bola.Ia akan menambah keserabutan otak.Saya akan membawa laptop,pen dan buku note.Sekiranya saya perolehi idea tersebut saya akan terus menulis.Tidak kira idea itu bagus atau tidak.Apa yang penting penuhkan buku nota tersebut dengan idea-idea yang difikirkan terlebih dahulu.Setiap idea tuliskan nombor ditepinya dan biarkan otak anda berfikir sehingga lebih dari 100 nombor.Sekali lagi ini adalah cara saya mungkin cara anda berbeza.Apa kata share kan sikit diruangan comment:)

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: