Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Hadiah Kepada Diri Sendiri

November 29, 2011 0 Comments

Selalunya kita hanya memberi hadiah kepada orang lain tapi kita sebenarnya  lupa untuk menghadiahkan kepada diri sendiri. Itulah cara saya meraikan kemengan atau kepuasan diri selepas bertungkus lumus dalam mencapai target sasaran yang ditetapkan dalam satu masa.Cara ini telah saya amalkan semenjak saya mula menceburi dalam dunia perniagaan.

Selain membeli barangan seperti gajet atau pakaian saya juga akan menghadiahkan kepada diri sendiri untuk bercuti tidak kira dalam atau luar negara. Ramai yang mengangap cara ini adalah membazir dan nampak seperti bermewah-mewah. Tapi sebenarnya kita berhak sama sekali untuk meraikan atau memberikan hadiah kepada diri sendiri mengikut kemampuan masing-masing selepas penat mencapai sasaran. Cara ini akan meningkatkan motivasi dan produktiviti kerja untuk memberikan lebih fokus untuk sasaran seterusnya.

Seek Knowledge,even if  it is in faraway China

Ada juga orang bertanya kepada saya.Halif jika engkau ada duit untuk diri sendiri apa engkau akan buat? Saya akan beritahu perkara pertama yang saya akan buat adalah saya akan pergi bercuti dan mengembara.Saya lebih banyak memilih percutian berbanding barangan seperti gajet atau barangan diri seperti perfume,kasut,jam dan lain-lain. Ini kerana selain reward keatas diri sendiri saya juga akan dapat menikmati pengalaman bagaimana kehidupan manusia lain dibumi Allah s.w.t ini. Dari sudut bisnes pula saya akan dapat pelbagai idea baru yang boleh diaplikasikan dalam perniagaan saya untuk target seterusnya malah kadang-kala saya tidak perlu memerah otak  memikirkan sesuatu idea cuma perlu “copy & paste” kembali idea yang saya jumpa ketika bercuti. Seperti yang kita tahu idea adalah satu perkara asas untuk kita memulakan sesuatu itu. Individu atau syarikat sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk menghasilkan idea yang kreatif . Oh! Selain  itu juga pemikiran dan minda saya akan lebih santai dan dapat ruang untuk berehat sekita selepas penat berbisnes. Bak kata pepatah saya pergi menyelam sambil minum air dan makan sekali.Terbaiiikan?:)

Sebelum satu projek itu bergerak saya akan letakan sasaran/target dan saya susuri pula dengan meletakan habuan yang saya akan dapat sekiranya target itu berjaya dicapai. Sebagai contoh sasaran saya adalah meningkatkan salah satu income pasif saya sebanyak 40% dan peningkatan ini perlu berlarutan selama 6 bulan beruturut-turut. Saya akan print kan juga gambaran destinasi(habuan percutian) yang saya akan pergi itu dan lekatkan di depan meja SOHO sebagai motovasi mencapai sasaran tersebut. Malah kadang-kadang saya pergi ke kedai mencari poster atau poskad destinasi tempat tersebut agar biar ia lebih jelas.

Jangan Melampau!

Sebenarnya ramai orang menyalah anggap mengenai hadiah kepada diri sendiri ini. Ia bukanlah Green Light kepada kita untuk sewenang-wenangnya membelanjakan kesemua keuntungan yang kita dapat tadi. Tapi wang yang diperuntukan adalah sebanyak hanya 5% hingga 10% sahaja dari jumlah keuntungan. Selain itu,bagi pendapat saya pula elakan dari menggunakan duit active income kita melainkan anda mempunyai strategik tersendiri.

P/S : Letakan sasaran yang mudah dicapai terlebih dahulu. Habuan percutian juga mengikut kemampuan masing-masing.Jika  di dalam negeri adalah kemampuan kita maka anda perlu gembira dan berpuas hati dengan apa yang anda kecapi. Jika hendak lebih maka berusahalah dengan lebih gigih lagi. Salam maju jaya!

Saya kongsikan serba sedikit tempat yang telah saya lawati.

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: