Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Enhancement Knowledge Seminar

October 23, 2011 0 Comments

Minggu lepas saya mendapat panggilan telefon dari TM. Beliau menjemput saya ke satu seminar “Enhancement Knowledge”.Apa yang beliau kata ini adalah tawaran pilihan dan bukannya semua orang boleh dapat.Saya bertanya mengapa saya terpilih? Orang itu hanya menjawab kerana anda adalah salah seorang pelanggan tetap kami yang telah melebihi 6 tahun. Tanpa panjang cerita saya terus bersetuju dengan apa yang ditawarkan. Sememangnya minggu ini pulak tak ada program untuk dibuat. Lagi-lagi pihak TM memberitahu yang mengendalikan seminar ini adalah salah seorang idola saya dalam pelaburan hartanah. Anda semua dapat mengagak siapakah insan tersebutkan. Ha ha ha.. Sudah semestinya tak lain dan tak bukan “Azizi Ali”. Seperti pucuk dicinta ulam pula yang datang. Buku-buku beliau yang dibaca sejak 2008 menjadi teladan dan inspirasi ini baru berpeluang pula hendak jumpa dengan tuannya.

Dipendekan cerita, rumusan bagi seminar yang dijalankan Azizi Ali anjuran TM ini adalah diutamakan kepada Bisnes Owner atau pemilik perniagaan. Seperti di dalam buku Tuan Azizi selalu menyebut tentang simpanan,simpanan dan simpanan dan begitulah juga waktu seminar. Bagaimana kepentingan simpanan bagi mereka yang mempunyai perniagaan sendiri dan bagaimana pula simpanan yang itu untuk dilaburkan.

Selain itu,juga beliau ada bertanya kepada Audion. How many of you are business owner? If you are business owner you should have KWSP same like your employees. Alasan beliau adalah untuk mengurangkan income tax akan dikenakan oleh pihak kerajaan kelak. Ini kerana daripada membayar income tax adalah lebih elok duit itu ditolak sikit ke dalam account KWSP anda. Beliau juga menerangkan kebanyakan hari ini business owner harini ini tidak menolak wang caruman KWSP tersebut dan beranggapan ia adalah pembaziran.

Beliau juga menggalakan agar kita menggunakan medium ASB sebagai plat form.  Seperti mana yang diungkapkan ASB bukanlah terbaik tapi untuk risiko yang rendah dan liquidity setakat ini ia adalah pelaburan paling sesuai untuk golongan pertengahan berbanding jenis pelaburan yang lain. Beliau menggalakan masukan wang semaksimum yang boleh. Jika RM200k adalah maximum maka penuhkan terlebih dahulu dan baru buat perkara lain.

Pucuk pangkal atau kesimpulan yang boleh dibuat kewangan adalah satu perkara yang perlu dikawal baik anda seorang peniagan mahupun seorang pekerja yang hanya makan gaji. Tanpa sistem kewangan yang betul pasti anda terjerat. Fikir-fikirkan…

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: