Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Customer From Hell

June 7, 2013 2 Comments

customer from hell

Jika seorang pelabur hartanah atau tuan rumah yang menyewakan rumah menghadapi masalah penyewa dari neraka maka seorang usahawan juga tidak terlepas dari hal ini cuma ia mungkin boleh digelar pelanggan dari neraka. Ada masa kita bukan saja tidak untung malah jika sedikit kesilapan yang tidak disengajakan pelanggan jenis ini akan cuba buat apa saja kepada kita sama ada mahu kita rugi ataupun dia mahu kita lingkup dan gulung tikar.

Sudah tentu kita sebagai peniaga akan melakukan sehabis baik sama ada cuba  menambat hati pelanggan agar terus kekal membeli dengan kita atau kita cuba berikan yang terbaik untuk setiap pelanggan.

Mungkin korang boleh cakap macam ni sekarang.. Apakah wujud pelanggan jenis ini Halif? Saya tak pernah jumpa pun…

Sepatutnya korang perlu bersyukur kerana  kerana korang belum menghadapi situasi pelanggan dari neraka ini. Tapi jika satu hari nanti korang terjumpa dan mereka adalah pelanggan anda maka ingatlah balik post entri ini yer.. Heheh

Ok ciri-ciri pelanggan ini seperti :-

1) Mencari kesalahan peniaga

2) Jumpa kesalah (lagi-lagi kesalahan yang kononnya boleh dijadikan isu besar) mereka cuba gertak untuk masukan nama syarikat korang ke media seperti metro, kosmo dan lain-lain.

3) Mengugut korang membayar ganti rugi lebih dari apa yang mereka bayar pada korang. Jika tidak korang akan di war-warkan di media

4) Suka compare perkhidmatan kita dengan syarikat mana-mana ntah.. Kalau syarikat itu bagus sangat mengapa tak pergi saja ke syarikat itu.. (Nampak tak permainan imaginasi dia)

5) Suka  compare harga kita  dan mengeluarkan statement keras untuk dilemparkan kepada kita sebagai contoh “siapa mahu beli kalau mahal sangat ada sebuah syarikat ini jual murah bla bla bla..” (kes ini sama macam kes 4.. asal beliau tak pergi saja ke syarikat xyz tuh.. saja nak bagi kita panas)

6) Mencari jalan menekan kita menggunakan sentiment ” I nak tolong melayu” (ini paling gua benci seriously)

7) Semua hal cerewet.. semua nak tip top tapi harga nak paling murah dalam dunia.. kalau boleh nak free.. (pening)

8) Testimonial jauh sekali… silap-silap kritikan buatan yang kita dapat

Ada banyak lagi, tapi ini saja yang teringat sebab ada sorang tadi seorang pelanggan baru  datang kepejabat lengkap dengan bercerita dia nak buat report ke media pasal beberapa company yang disebut  abc, jkl,opq xyz. fuhh…! Bila dengar cerita dia nak buat report alasan yang diberikan memang  tak munasabah..  kan pening tuh… pening dan memeningkan…

customer from hell 4

Seacara jujur saya lebih sanggup tidak menjual kepada golongan jenis ini, bukan saja memeningkan malah mungkin akan merosak nama

P/S: Setiap doa lepas solat selalu aku panjangkan dengan berdoa ” Semoga syarikat perniagaanku dan aku bertemu pelanggan-pelanggan dari syurga”… amin…

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Izzat Eshak says:

    Hehe, banyak pengalaman dah, terutama yang terlampau cerewet =)
    Izzat Eshak recently posted…Dunia bisnes tak selalunya indah!My Profile

    • Halif Saat says:

      Yer… kadang-kadang sangat letey melayan karenah mereka.. lagi2 yang amat suka menggunakan sentiment “Tolong Melayu”

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: