Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

#5 Cara Enjoy Meningkatkan Like Fan Page

July 21, 2013 4 Comments

Saya menulis tips ringkas ini sewaktu saya pergi ke Langkawi minggu lepas atas urusan kerja. Walaupun sibuk tapi saya cuba untuk curi-curi masa berkongsi ilmu untuk tatapan pembaca blog ini. Dibawah gabungan gambar sewaktu ke Langkawi minggu lepas.

life of jet setter

Beralih semula kita mengenai cara mudah bagaimana meningkatkan fans di facebook. Untuk makluman anda saya tidak langsung menggunakan teknik ini di fan page facebook saya ini . Namun teknik ini saya aplikasikan di fan page perniagaan saya sahaja. Tanpa membuang masa lagi mari saya kongsikan #5 teknik mudah tersebut.

#1-Bina Welcome Page ( Muka Selamat Datang)

Bagusnya facebook ia amat flexible untuk digunakan lebih lagi untuk seorang usahawan. Kita boleh membina welcome page melalui tab yang telah disediakan. Dengan mengikut arahan mudah yang disediakan tab welcome page ini boleh dibina dengan hanya beberapa minit. Tapi untuk nampak lebih profesional saya sarankan kepada anda agar menempahnya kepada yang lebih pakar. Harga tempahan sekitar RM50 hingga RM 90 untuk setiap design bergantung kepada designer pilihan anda.

Tujuan tab ini adalah ibarat seperti sesi perkenalan kita dengan pelanggan. Ia membantu seseorang mengetahui sedikit info mengenai perniagaan yang kita jalankan.

#2- Tinggalkan Comment di page lain.

Tekni ini percuma 100%. Namun anda perlu meninggalkan komentar yang bernas lagi bergaya untuk menarik perhatian dan menjentik hati si pembaca pengikut page tadi agar melihat page kita dan seterusnya mereka berminat untuk like page kita tersebut. Elakan komentar berunsur lucah, politik, kotor, amarah keji dan lain-lain. Bukan orang tidak berminat malah anda juga ada kemungkinan di banned oleh owner page tersebut.

#3- Jalankan sebuah contest di fan page anda.

Cara ini juga masih bernas dan mampu menarik ramai fans. Selain like contest masih banyak lagi jenis contest yang anda boleh jalankan di facebook. Biar peserta sendiri yang memberitahu kepada kenalan mereka  mengenai page kita. Saya pernah menjalankan contest ketika dulu. Hasil dari contets tersebut saya memperolehi lebih dari 5k ++ like dengan hadiah pemenang tidak sampai RM250. Rugi atau untung? fikir-fikirkan ya..

#4-Letakan facebook like box di post blog anda.

Mungkin ramai yang masih tidak meletakan like box di post blog korang. Jadi letakan segera dan promosikan post tersebut kepada kenalan korang. Lihat bagaimana viral teknik ini bagi meningkatkan like. Nak lagi hebat lagi.. Post content tersebut perlu kepoweran hingga membuatkan si pembaca menangis atau atau tidak dapat tidur malam memikirkannya.

#5-Promosikan url facebook secara gerila

Masukan facebook url korang ke dalam business card, tshirt koperate, email signature, android signature, forum signature, di produk perniagaan, di kereta, di mana-mana saja lah. Itu sebab jika boleh elakan nama url belakang terlalu panjang dan sukar disebut.

 

P/S: sepatutnya post ini telah di publish 1 minggu sebelum puasa tapi oleh kerana banyak tugasan yang perlu diselesai sebelum Ramadhan maka ia tergantung.. Semoga ia bermanfaat.

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Comments (4)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Izzat Eshak says:

    Ada cara lagi pantas yang ramai org amalkan sekarang ni.
    Beli servis like fanpage. Aishhh!
    Izzat Eshak recently posted…The Pursuit of HappynessMy Profile

    • Halif Saat says:

      Oh yer betul… tapi itu yang benar2 yang mahukan liker dengan pantas.. yang disampaikan diatas adalah cara lebih cool dan enjoy saja.. =)

  2. miza says:

    pernah beli servis tingkatkan like..tp business tak kencang pon,….sama je..baik tak pyah beli dari beli…buat secara free lagi puas hati walau pon lambat business still ok lah dari tak de langsung…

    • Halif Saat says:

      Ye betul cik puan. Saya sendiri tak galakan untuk orang beli servis untuk tingkatkan like. Fb sudah tidak seperti dulu. Biar sikit tapi targeted itu lebih penting.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: