Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

“Oh Monday Blues”

April 22, 2013 0 Comments

 Monday blues

Setiap hari Isnin kalau korang  semua perasaan pasti ada saja ayat ini muncul “Monday Blues” di dinding akaun muka buku korang. Lebih teruk lagi ada mengeluarkan kata-kata yang akan menjatuhkan hari-hari kita seperti Oh bosan nya Monday.. Malas nya.. Bosan.. Boring.. Isnin yang boring dan macam-macam lagilah. Sebenarnya jika mengikut psychology pemikiran. Orang yang mengeluarkan kata-kata negatif akan mempengaruhi cara kerja dia seharian.

cara meningkatkan semangat kerja pada hari isnin 2

Jika kita ungkapkan kata bosan.. Kebarangkalian hari itu akan bosan satu hari dan yang datang adalah perkara-perkara yang membosakan. Jika kita ungkapkan tidak bersemanagat hari isnin. Maka boleh kata setiap hari isnin kita adalah hari yang membosankan.

You are What You Think..

Oh apa yang lebih teruk lagi, kata-kata sebegini boleh menular masuk mempengaruhi kepada orang yang mendengar mahupun yang terbaca status negatif di feed facebook.

Sebenarnya perkara yang paling sukar adalah untuk kita maintain-kan momentum kita setiap hari Isnin. Jadi disini saya selalu menggunakan pendekatan lain untuk bersemangat setiap hari Isnin. Dibawah saya kongsikan #3 tips penting untuk korang boleh terus bersemangat setiap kali hari Isnin.

#1- List-kan masalah korang yang berlaku setiap hari Isnin

Kadang-kala korang ada masalah di tempat kerja, Sebagai contoh kerja yang korang buat sudah tidak boleh masuk dengan jiwa korang atau bos korang boleh dikategorikan fussy atau ditempat kerja korang tiada awek-awek yang cantik bagi menyemarakan semangat korang datang kerja. huh! cubalah list kan satu persatu.. lepas itu ambil masa beberapa minit lagi macam mana masalah itu dapat diselesaikan. Kalau masalah tak ada awek maka cuba suggest kat bos korang jika ambil staff lagi cuba masukan bunga-bunga yang lebih fresh dan mekar 😛

#2- Siapkan Hari Isnin Korang Pada hari Jumaat

Masa hari Jumaat sebelum pulang kerja, apa kata korang try buat short  to do list dan lekatkan kat monitor di desk korang. Sebenarnya lebih detail to do list tersebut lebih senang korang pada hari Isnin nanti. Dibahagian akhir cuba letakan satu ayat yang boleh menyemarakan lagi semangat kerja korang sebagai contoh…Less Talk and Do More!! tukarkan ayat setiap minggu. Ambil ayat yang simple tapi mendalam maksud ayat tersebut =)

cara meningkatkan semangat kerja pada hari isnin

#3- Tidur & rehat secukupnya pada hari Ahad

Jumaat dah enjoy…Sabtu dah enjoy… jadi kalau nak enjoy juga pada hari ahad pastikan korang punya waktu enjoy sampai jam 3 petang saja. Lepas itu balik rumah dan rehat saja dirumah. Tidur lebih awal. Gosok baju kerja siap-siap dan buat apa-apa preparation kalau esoknya ada benda penting korang perlu buat kat ofis.

Ok Jadi cukup kot tiga tips penting ini. Bagi banyak-banyak kalau korang tak buat pun tak guna jugak. Oh Jadi never say to Monnday Blues ya..

P/S : Kalau korang nak lebih freedom macam gua ini, korang tak bolehlah kerja makan gaji..korang kena bisnes sendiri. Hari apa pun sama jer.. Tetap bersemangat.. Sebab I love what im doing now…! hehehe

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: