Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Bisnes & Sifat Kesabaran

April 5, 2011 0 Comments

Assalamualaikum bagi pembaca mohdhalif.com yang disayangi.Semoga anda dalam keadaan sihat dan senantiasa dalam prestasi terbaik dalam mengejar impian dan cita-cita.

Enam bulan lepas saya bertemu seorang rakan yang mana dia cukup bersemangat untuk menjalankan sebuag perniagaannya sendiri.Semangat itu hingga dapat dilihat keceriaan diraut wajahnya.Syarikat perniagaan juga telah setiap didaftarkan ketika itu.Semangat hingga “mucul kata-kata aku tidak mahu bekerja dan makan gaji lagi”.Semangatnya beliau seakan-akan seperti api yang sedang membakar dengan marak.Tapi itu semua berlaku enam bulan lepas.Tadi saya baru berjumpa dengan beliau dan ternyata semuanya berubah secara 360 darjah.Apa yang dilihat enam bulan lepas adalah jauh sama sekali.Api yang membakar keinginan dan cita-cita telah terpadam dengan hanya segalas air minuman.Kenapa hal sebegini selalu berlaku kepada usahawan yang baru hendak menapak? Ia tidak lain hanya satu perkataan “Sabar”!

“Sesungguhnya bersabar itu adalah separuh dari iman”

Sebenarnya masih ramai para usahawan baru yang tidak faham akan erti perjalanan dalam merialisasikan perniagaan yang diingini.Mereka seperti dibayangi dengan wang ringgit dan kekayaan yang segera dalam menjalankan  perniagaan.Sebenarnya sebuah perniagaan adalah sama seperti mana kehidupan kita sewaktu kita kecik dahulu hinggalah kita besar.Ingatkah sewaktu kita mula dilahirkan berbaring, merangkak,bertatih,berjalan sehinggalah boleh berlari. Semua ini kita lakukan dengan proses ulangan yang banyak kali tanpa jemu dan muak dan mengambil masa yang bukan sekejap.Tapi kita tetap terus bersabar untuk merasai sendiri keseronokan anugerah ilahi.Dan kini kita adalah insan yang beruntung kerana kita adalah orang yang berjaya berdiri dan berlari.

Bagaimana  si kecik berusia enam bulan boleh berlari selaju Hussein Bolt?

Suatu yang agak mustahil untuk melanggar hukum alam. Pokok yang kita tanam hari ini tidak akan berbuah pada esok hari.Oh! pokok juga ada prosesnya tersendiri apatah lagi Sebuah perniagaan iaitu harus melalui proses pembesaran dan perkembangan.Setahun menjalankan perniagaan adalah seperti kita sedang merangkak,dan selepas itu bertatih dan begitulah seterusnya.Bila mana sebuah perniagaan sudah mula berlari ini bermakna pendapatan sebuah perniagaan sudah mula kencang dan memberi saingan.Income bisnes mula masuk kepada ratusan ribu ringgit dan terus meningakat dan meningkat danmeningkat  sehingga jutaan ringgit.Apa yang menakjubkan semua proses ini adalah bermula dengan satu perkataan “sabar”.Anugerah yang diberikan dari sabar dalam menjalankan sebuah perniagaan bukan sahaja keuntungan malah dengan bersabar juga kita mendapat anugerah ilahi untuk saham akhirat kelak.

Semoga artikel kali ini dapat membantu para usahawan sekalian

Sekali melangkah biarlah kita terus melangkah:)

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: