Bila Masa Terbaik Untuk Berehat Dirumah?
Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat bercuti panjang kepada mereka rakyat Malaysia sempena cuti tahun baru cina bermula pada Sabtu bersamaan 09 Feb 2013. Seperti hari perayaan kebiasaannya kita akan mengambil peluang sama untuk bercuti dan makan angin bersama keluarga tercinta. Ada yang pergi pulang ke kampung, ada yang melawati rumah saudara mara dan ada pula yang mengambil peluang bercuti. Jadi, sekiranya kita juga membuat keputusan yang sama untuk membuat aktiviti makan angin maka sebenarnya kita menghadapi beberapa kerugian secara tidak langsung. Di bawah saya kongsikan sedikit pendapat mengenai kerugian tersebut?
#1- Masa
Jika pada hari perayaan sudah semestinya segelintir kaum yang menyambut perayaan tersebut ingin pulang ke kampung. Ini akan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di high way dan ada kemungkinan kemalangan jalan raya meningkat yang akan menyebabkan anda terpaksa memperuntukan masa di dalam kereta lebih dari waktu kebiasaan. Masa yang sepatutnya mungkin selama tiga jam mungkin akan menjadi enam hingga sembilan jam bergantung kesesakan tersebut. Dalam aspek perniagaan masa adalah segala-galanya adalah masa. Anda boleh buat perkara lebih bermakna dari menghadap kesesakan jalan yang teruk.
#2- Wang
Jika anda mengambil keputusan untuk pergi bercuti waktu sebegini ia adalah satu keptusan yang salah. Mengapa? kerana waktu ini di panggil Black Period atau Super High Peak Season. Dimana hotel akan caj perkhidmatan mereka dengan harga yang luar biasa dari biasa di samping mempunyai caj tambahan yang tidak dikenakan waktu hari biasa. Sebagai contoh sekiranya hotel beharga RM90 semalam anda akan dikenakan caj dua hingga tiga kali ganda dari biasa. Dari aspek pelaburan sebenarnya anda membeli barangan tersebut dengan harga yang tinggi wal hal anda boleh dapatkan barangan yang sama dengan harga jauh lebih rendah.
#4- Perkhidmatan
Sewaktu sebegini sudah semestinya hotel penginapan berpusu dengan ramai pelanggan dari pelbagai tempat. Secara realitinya tidak semua pihak pengurusan boleh berikan yang terbaik sewaktu lambakan pelanggan sebegini. Selain anda membayar dengan harga yang tinggi dari biasa sebenarnya anda juga belum tentu menerima perkhidmatan seperti biasa dan apakan lagi perkhidmatan luar biasa malah mungkin perkhidmatan tersebut adalah dibawah garis panduan sepatutnya. Jadi waktu ini kerugian adalah terletak di atas anda.
5#-Keselesaan
Pada masa ini keselesaan juga adalah amat rendah kerana lambakan permintaan. Sebagai contoh sewaktu menginap di hotel anda berhajat untuk berenang-renang dan bermain-main dengan si anak di kolam renang. Namun disebabkan terlalu ramai pengunjung maka sudah pasti keselesaan akan lebih dirasai dari waktu biasa. Oh ya ada kemungkinan anda terpaksa beratur panjang untuk masuk di cafe/restaurant hotel untuk makan sarapan pagi oleh kerana tempat yang tidak mencukupi.
Jadi saya berpendapat, sebagai seorang uasahawan masa waktu hari perayaan atau cuti sekolah adalah masa terbaik untuk anda cuti di rumah. Anda boleh buat aktiviti bersama kerluarga dari kawasan berhampiran anda selebihnya boleh fokus untuk buat kerja anda seperti biasa. Masa terbaik untuk seorang usahawan bercuti adalah sewaktu orang lain sibuk bekerja 🙂 .
Pendapat ini agak sedikit melawan arus bagi mereka yang bekerja makan gaji dan saya yakin pasti ramai yang tidak setuju dengan pendapat ini . Setuju atau tidak jatuhkan komen dan pendapat anda di bawah.
P/S : hari perayaan yang dimaksudkan adalah selain hari Raya Adilfitri & Aidil Raya Adil Adha.
Terkejot point nombor 3 hilang di situ
Yup, bercuti pada hari orang lain berkerja lagi best =)
Alamak.. Kemana pulak hilang nya point no. 3.. bercuti lagi ker? 🙂 Akan disemak semula nanti.. Terima Kasih diatas teguran.