Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Belaja Jika Tak Mengaja

April 19, 2013 0 Comments

“Jika Tidak Mengaja Belaja”

Itulah pesan mentor yang selalu bermain dikepala bila mana waktu tidak berapa sibuk. Tadi sempat belari sekjap ke MPH cari bahan mentah bacaan untuk santapan minda mingguan. Sebenarnya minda kita sama seperti mana kita  pergi ke gym untuk menyihatkan atau membina otot-otot. Jika tidak ke gym sekalipun pasti ada amalan berbentuk petak senaman yang dilakukan sama ada secara mingguan mahupun harian.

jika tidak belajar mengajar 1

Jadi begitulah juga dengan minda kita, ia perlu dilatih untuk terus kental berotot (jika boleh nampak). Diantara latihan yang boleh menaikan atau bahasa lebih kena adalah menajamkan minda iaitu dengan terus menerus pelajari dan mempraktikan perkara baru setiap hari. Laburkan sedikit duit untuk beli bahan bacaan dalam bidang yang kita suka.

Teringat dulu waktu zaman belajar, jangan kata nak membaca mengutuk orang baca buku lagi ada.. Namun zaman kegelapan itu sudah pun berakhir.. Alhamdulillah..

Tadi saya beli 3 buah buku ini, Bijak Mengurus Wang dan dua buku dari penulis favorite saya Robin Sharma. Kalau 3 buah buku ini paling lama bertahan adalah selama satu bulan atau kurang dari itu. Saya hanya peruntukan sehari 2 jam untuk membaca setiap hari. Perkara ini memang susah nak lakukan, namun akan jadi kebiasaan dan akan jadi tidak sah untuk tidak membaca. Sudah lumrah memulakan langkah pertama jauh lebih sukar berbanding sewaktu langkah yang ke 10. Betul kan? Nak cerita lebih pasal buku ini pun saya tak baca lagi. Nanti dah baca kalau sempat saya ceritakan sikit. Ok ! Saya layan dulu..

P/S: Pssst.. Tips mudah kalau nak beli buku kat MPH atau kedai buku, Pastikan korang dah ada list. Boleh servey-servey dulu kat mana-mana website. atau lihat recommendation kawan-kawan ulat dalam buku. Cara lain korang boleh terus beli jer kat MPHonline bila dah ada yang berminat. Reading Mood Is On!

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: