Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Aku Si Penjual Dadih

April 20, 2013 2 Comments

peniaga dadih

Awal-awal pagi mem saya sudah keluar ke gym, balik dari gym beliau ada beli beberapa jeli kelapa dan dadih. Di sabtu yang tenang ini memang syok menjamu dadih yang segar dan jeli kelapa yang sejuk. Terimbas kembali kenangan akhir tahun 2006 sebelum habis sem akhir. Setiap hujung minggu pasti sibuk packing dadih untuk di jual. Dulu harga dadih RM1 jer sekarang sudah RM1.50.. yelah sudah hampir 9 tahun kan?.

peniaga dadih 3

Jumaat malam kelam kabut masak dan packing. Bila dah siapย  maka lokasi utama untuk dijual adalah di Pasar malam area Shah Alam dan pasar car boot atau sekarang digelar pasar stadium bagi warga shah alam. Kadang-kadang itu siap pecah beberapa tempat lagi. Mintak kebenaran peniaga lain agar dadih saya boleh diletak di tempat mereka dan setiap jualan akan diberikan RM0.20 untuk setiap yang terjual. Dengan syarat air batu,sudu, plastik mesti telah tersedia.

Pendapatan kasar yang diperolehi adalah sekitar RM70 ke RM90 dalam masa dua hari. Kalau cuaca tak baik kadang-kadang jualan hanya dapat RM25 ke RM40 saja. Jadi inilah duit yang nak ditambah-tambah untuk untuk perbelanjaan seorang yang begelar mahasiswa pada masa itu.
Ikat perut jugalah kalau jualan tak bagus ๐Ÿ™

Tapi semua itu pengalaman yang mengajar hingga ke hari ini. Saya pasti tak ramai anak muda yang nak buat dan berniaga benda-benda macam ini. Malu katanya.. Jangan lihat pada kemaluan pendapatan tapi lihatlah pada pengalaman yang akan kita timba. Ada banyak perkara yang saya pelajari bermulanya dari pengalaman menjadi peniaga dadih jalanan ini.

Ada juga kawan-kawan yang tahu kutuk.. Apa dah.. muka hensem jual dadih.. tak stylo langsung.. (Dalam hati kecil ini berkata) Ceit..! muka hensemlah adek-adek dan awek ramai nak beli. Ko apa tahu!

Setengah kawan ada juga pelik.. Macam mana ko padai buat dadih.. Jawapan ringkas adalah seperti tertera dibawah ๐Ÿ˜‰ hehehe

dadih segera!

macam mana buat dadih

P/S : Kritikan dan kutukan itu supplement terhebat untuk kita terus bermotivasi dan melangkah kehadapan.. Timbalah ilmu.. berniaga walau sekecil-kecil perniagaan. Tak rugi pun..

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. nor haslawati says:

    saya pn nor dari tasek gelugor.Boleh ke fb saya di semangat mizwair enterprise.

    Persoalannya.saya nak tanya saya ada jual jeli pelbagai lapisan warna dan perisa (bukan sekadar pewarna).tetapi pasaran saya hanya di kampung dan harga yang saya letak kan agak rendah saya rasa kerana di kampung tak boleh nak letak harga mahal mahal.

    So boleh tak saya nak minta pendapat.berapa harga yang patut saya letak pada produk saya ini dan bagaimana nak luaskan pasaran saya ni.

    saya nak letak di sekolah tetapi ada sekolah yang tak benarkan barang luar masuk.takut keracuna.

    Sila la ke fb saya dan komen sedikit idea saya .sila email saya di mizwair48@gmail.com

    very nice if we can be friend and share our opinion.ERTI HIDUP PADA MEMBERI..nor

    thanks… a lot

    • Halif Saat says:

      Assalamualaikum Puan Nor,

      Pertama sekali ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi melawat blog perkongsian yang tidak seberapa ini.

      Mengenai harga sebenarnya ia bergantung kepada puan sendiri. Cuma Guide line/Garis Panduannya adalah puan perlu ada keuntungan yang setimpal.

      Pendapat saya berniaga dalam kategori seperti ini perlu bermain dengan volume/kuantiti yang banyak. Walaupun kawasan kampung mungkin puan boleh besarkan pasaran puan dengan masuk pasaran lebih besar seperti majlis kahwin,kenduri, dan sebarang majlis keramaian. Disini order berkemungkinan akan lebih besar lagi berbanding biasa.

      Jika untuk pasaran biasa puan nor mungkin boleh pasarkan seperti mana yang saya buat dulu masuk ke pasar malam berdekatan. Puan kena konsisten buat pemasaran agar pelanggan tahu dan kenal puan dan perniagaan puan.

      Gunakan sekali FB puan sebagai medium pemasaran percuma untuk mengembangkan lagi perniagaan. Cuba update jeli-jeli yang enak puan buat dan post di facebook. Buat masa ini apa yang saya lihat pemasaran facebook adalah paling viral berbanding lain. Jadi gunakan sebaik mungkin. =)

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: