Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

4 teknik mudah meningkatkan traffik blog

July 30, 2011 2 Comments

Hari ini saya akan kongsikan  empat tips mudah tanpa mengeluarkan wang walaupun seposen untuk menarik traffik ke blog anda. Apa yang lebih penting tips yang dikongsikan ini adalah praktikel dan saya sendiri sudah melakukan lakukan teknik ini. Oh! saya tidak akan membuang  masa memberi info yang saya sendiri tidak tahu pokok pangkal.Lebih baik tido ia lebih menyeronokan.

Saya yakin pasti ramai para blogger sekalian mahu blog anda dilawati oleh ramai pengunjung.Blog tanpa pengunjung ibarat rumah tanpa penghuni. Setuju atau tidak itulah hakikat sebenar. Jadi tanpa membuang masa  lagi mari saya kongsikan teknik mudah tersebut.

1. Buat Fan page di facebook

Walaupun pada hari ini banyak sekali social media yang lain seperti twitter,myspace dan lain-lain lagi tetapi untuk market di malaysia facebook masih lagi menduduki tempat pertama di hati rakyat Malaysia. Selain mendapat perhatian rakyat kedudukan page rank facebook itu sendiri adalah di tahap maksima. anda boleh lihat sendiri screen shoot yang saya perolehi.

Jadi cara mudah meningkatkan traffik adalah membuat fan page facebook anda dan update post setiap hari sekurang-kurangnya satu post sehari.Dengan cara ini akan dapat membantu meningkatkan fan page rank blog anda di carian enjin yang mana traffic percuma boleh diperolehi dari sana.

2. Tinggalkan comment anda di blog lain ( blog walking & drop comment)

Ini adalah bahasa atau ayat paling sesuai yang boleh digantikan dengan perkataan “back link”. Ini juga adalah cara mudah untuk anda meningkatkan trafik ke blog anda. Anda boleh pergi ke blog-blog yang mempunyai trafik yang tinggi.Tinggalkan comment anda disitu. Lebih banyak comment yang anda tinggalkan di blog orang lain maka lebih banyak traffik yang akan masuk ke blog anda.

Disini saya ingin menyarankan agar anda meningggalkan comment secara beritika dan bukan semata-mata mahu meninggalkan comment yang boleh di gelarkan sebagai spam. Cara yang salah akan menyebabkan owner blog lain akan merasa merasa kurang selesa dan akan terus delete comment anda tersebut. Teknik ini ibarat datang rumah orang biarlah beradab.

3.Menghantar artikel ke blog lain.

Jika anda mempunyai idea yang agak berlainan atau unik anda juga boleh membuat artikel lain di blog tersebut. Misal kata pembaca di satu blog ini A ini mempunyai pembaca atau pengunjung setiap diantara 400-800 sehari maka dengan membuat artikel tersebut anda sebenarnya menumpang sedikit trafik dilaman web tersebut. Apa yang penting minta kepada blogger woner tadi untuk anda meninggal link dibahagian signature atau pihak woner blogger tadi meninggalkan sedikit profile dibahagian author. Setakat ini ada beberapa website yang sememangnya mencari penulis-penulis blog menghantar artikel. Diantaranya seperti :

Majalahniaga.com (Niche perniagaan)

Anda juga mereka yang meminta anda menulis artikel secara berbayar dan jika cara selalunya signature atau link ke website anda tidak dibenarkan. Cara paling mudah untuk anda menghantar artikel di blog mereka adalah dengan teknik paling asas. Iaitu mencipta relationship terlebih dahulu. Perhubungan yang baik akan memberi respon yang baik. Gambaran mudah adalah siapa mahu rumah mereka diamasuki oleh orang yang tidak dikenali.Betul tak? Banyak kali blog yang hendak anda sumbangkan artikel cari saja di search engine google.

4.Forum.

Hari ini terlalu banyak forum yang boleh anda join bersama. Pilih dan bincangkan perkara yang anda minati. Abaikan perkara yang anda tidak minat dengan meninggalkan comment yang boleh menyakiti ahli forum lain.Setiap orang mempunyai minat tersendiri. Perkara asas yang perlu anda tahu juga adalah cipta perhubungan disana. Tinggalkan signature dan link anda dibahagian signature.

Diantara forum yang masih popular dan semakin berkembang adalah seperti

lowyat forum :

Kedai Kopi-IM

Wang cyber

Cari gold

Jadi selamat mencuba saya ucapkan. Praktice make Perfect!

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. fendi says:

    terima kasih kerana berkongsi ilmu di dunia ini,,semoga ada kebaikan di akhirat

    • Halif Saat says:

      Terima Kasih juga kerana sudi melawat blog yang tidak seberapa ini. Semoga sedikit ilmu ini dapat memberi banyak manfaat kepada tuan =)

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: