Halif Saat sini,.. seorang minimalis oriented, berjiwa nomad, berkarya dengan konsep digital nomad, Seorang backpacker, adventure traveler dan blogger.
Platform ini di buat dengan tujuan untuk berkongsi pada siapa yang berhasrat untuk membina ‘side hustle’ atau bina passive income tanpa mengganggu aktif income korang.
Penulisan mahupun percakapan akan bercampur aduk Malay English atau lebih familiar kita gelar manglish. Namun setiap bait-bait yang di lontarkan di eja dengan ejaan penuh. Tujuannya khusus adalah untuk memudahkan komunikasi dan mesej yang ingin disampaikan selain sesi perkongsian ini bergerak secara santai.
Sesekali akan dikongsikan juga tentang kehidupan, cerita travel, pengalaman dan cerita rakyat yang boleh mendatangkan mafaat kepada pembaca.
Jika korang juga berjiwa traveler & nomads, minat untuk bina paip pendapatan melalui passive income, mahu bina side hustle untuk tambah pendapatan. Ayuh kalian.. disinilah lapangan korang patut melepak sambil mengopi di depan hanphone atau laptop korang.
Heyy Salam Perkenalan..
Halif Saat
Nomad Malaya